malaysia-today
KIRIMAN sms dari seorang mantan menteri kabinet sebelum Abdullah Ahmad Badawi berkuasa menyatakan "Profesor Osman Ishak seorang cendekiawan dalam bidang agama lulusan unibersiti Al Azhar, Dr.Masitah bekas pensyarah Unibersiti Islam Antarabangsa juga merupakan lulusan Al Azhar serta Ustaz Fadhil Hanafi lepasan unibersiti Al Azhar digugurkan.
"Semua ini kerana imam besar mahzab Islam Hadhari amat memerlukan Azeez Putra Umno, Aziz Sheikh Fazir dan Firdaus calon Hindraf Umno penyokong cuti umum Thaipusam yang tidak popular diIndia sebuah negara Hindu dan tidak mempunyai patung emas dewa murugan tertinggi di dunia di Batu Caves".
Sementara itu sebuah lagi kiriman sms yang diterima petang tadi cukup menarik apabila pengirimnya mencatatkan " ternyata Khairy Jamaluddin @ Si Kitol agen Singapura berjaya melakukan "pembunuhan politik" secara halus ke atas anak Tun Dr. Mahathir apabila Dato' Mukhriz bertanding dikawasan maut Jerlun Kedah."
Percaturan politik Khairy cukup licik dan amat halus kerana dengan kegagalan Mukhriz di Parlimen Jerlun serta tersingkirnya Datuk Zahidi dari kerusi Dewan Undangan Negeri Berseri di Perlis maka berkecailah harapan para penyokong kedua-dua tokoh pemuda untuk menentangnya dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang bakal dikosongkan oleh Hishamuddin Tun Husein Onn empat bulan lagi selepas selesai musim pilihanraya umum kalike 12.
Melihat dari senarai calon-calon yang digugurkan tidak siapa boleh menafikan bahawa ia bertitik tolak dari percaturan memburu jawatan KetuaPemuda Umno bagi Khairy untuk kelangsngannya menjawat jawatan Perdana Menteri menjelang tahun 2010 seusai musim "penyembelihan politik" keatas Dato' Seri Najib Tun Razak dilakukan.
Bertolak dari percaturan tersebutlah maka meskipun berkali-kali Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasratnya untuk membentuk sebuah jemaah menteri yang benar-benar bersih selepas musim pilihanraya umum 8 Mac 2008 nanti hanya sekadar sebuah dongeng untuk sekalilagi melenakan rakyat agar memberi kepercayaan kepadanya sekali lagi.
Bersihkan wajah-wajah anggota kabinet Abdullah Ahmad Badawi nanti andainya orang seperti Rafidah Aziz masih diangkat sebagai menteri? Mampukah dijelamakan pimpinan molek bila Noor Mohamed Yaacub menteri kewangan kedua dilantik sebagai menteri lagi sedangkan laporan setebal hampir 300 muka surat dari Gerak kepada Abdullah diketepikan begitu sahaja.
Bagaimana dengan Samy Vellu pimpinan MIC yang serba celaru mampu diangap bersih oleh rakyat? Dimana letaknya kualiti pimpinan beberapa nama lain yang khabarnya telahpun disiapkan laporan oleh mantan Perdana MenteriTun Dr. Mahathir kepada Abdullah untuk dilakukan penyiasatan berhubung persoalan korupsi, pecah amanah serta membalun harta rakyat?
Semua itu langsung tidak sedikitpun diperdulikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam memenuhi agenda Khairy Jamaluddin @ si Kitol abad ini meskipun kenyataan terbarunya melalui akhbar The New Straits Times, Abdullah menyatakan tiada perjanjian semua menteri yang bertanding akan diangkat sebagai menteri?
Jika kenyataan tersebut dihayati sepenuhnya terselindng satu agenda "peras ugut" bakal berlaku dimusim pemilihan Umno hujung tahun ini kerana mereka yang bergelar ahli Yang Berhormat bagaikan dipaksa untuk tunduk serta menurut percaturan politik dalam menentukan kepimpinan Umno.
Kerana itulah meskipun berlaku beberapa bantahan diperingkat akar umbi agar calon-calon yang digugurkan dipertimbangkan semula olehnya tidak sedikitpun mendapat layanan kerana disebalik keyakinan mampu meraih kemenangan besar pada pilihanraya ke 12 ini, tersembunyi agenda mempastikan impian Khairy @ Si Kitol untuk menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah menjelang tahun 2010.
Menyentuh pilihanraya umum menjelang 8 Mac 2008 nanti, ternyata inilah pilihanraya terburuk, penuh dengan lelucon apabila nama-nama calon bagaikan pasaran saham di bursa Kuala Lumpur. Sekejap naik sekejap merudum serta ada kalanya terus tengelam tanpa khabar berita. Lebih memeranjatkan apabila berlaku dua calon yang diumumkan diKelantan oleh Pengerusi Barisan Nasional telah lari lintang pukang kerana tidak bersedia untuk bertanding.
Sementara itu di negeri Kedah pula terdengar pelbagai persoalan menyangkut kisah pengguguran KetuaPuteri Umno Sungai Petani Nurshaini di saat-sat akhir di mana sebelum ini namanya disebut-sebut sebagai calon tetapi lenyap begitu sahaja disebabkan takut menjadi "liabliti" keatas batang tubuh Menteri Besar Datuk Mahadir Khalid yang menimbulkan pelbagai cerita sosek-sosek. Khabarnya ada gambar menarik bakal beredar jika dia dicalonkan.. Sejauh mana benarnya cerita ini hanya masa dan kadaan menentukan segala. Namun semasa berkunjung ke Alor Setar cerita tersebut menjadi buah mulut dikedai kopi serta bagakan bukan rahsia lagi.
Seandainya pilihanraya dijalankan secara bersih tanpa adanya percaturan pengundi hantu atau permainan silap mata, Kedah merupakan negeri ketika selepas Kelantan dan Trenganu jatuh ketangan pemangkang. Namun begitu semua ini mungkin terhalang andainya ada unsur-unsur campurtangan dari pihak-pihak tertentu mungkin keputusan menjadi sebaliknya. Namun yang pasti pilihanraya kali ini menyaksikan begitu ramai sekali pengundi bukan Melayu sudah berani memakai baju berlambangkan bulan hijau putih.
Calon-calon Barisan Nasional yang tersenarai di negeri Kedah sesungghnya kini diburu kebimbangan kerana rakyat bagaikan tidak sabar-sabar lagi untuk membuat perhitungan menghukum pimpinan yang bukan sahaja tidak "mesra rakyat" sebaliknya terpalit pelbagai catatan hitam. Lebih memeranjatkan disaat akhir sebelum hari penamaan calon berlaku perubahan mendadak kerana salah seorang daripada calon yang diketengahkan dikatakan bakal terseret ke muka pengadilan kerana melakukan pecah amanah tabung wang sekolah.
Sementara itu pimpinan dari parti pembangkang telahpun memperolehi bukti tentang seorang lagi calon yang bakal bertanding di dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Pokok Sena merupakan seorang jawatan kuasa PIBG terlibat dalam kejadian pecah amanah wang tabung sekolah di mana satulaporan polis akan dilakukan oleh parti pembangkang.
Sewaktu menyusuri perjalanan dari Kota Bharu Kelantan menghala ke Gerik di Perak, tanda-tanda awal bakal kecundangnya ramai calon dari Barisan Nasional begitu sukar untuk dinafikan. Mungkin kerana itulah Anuar Musa yang pernah diwar-warkan bakal ditabalkan sebagai menteri besar sudahpun lari meninggalkan bahtera negeri Kelantan untuk bertanding kerusi Parlimen menggantikan pendokong nombor wahidnya Datuk Alwi Che Amat. Apabila "kapten" kapal meninggalkan bahtera ia membawa pentanda bakal tengelamnya impian untuk menawan negeri Cik Siti Wan Kembang. Sifir politik sebegini anak kecil belum "mumayizpun" mampu menterjemahkannya inikan pula para pengundi matang di Kelantan.
Lebih menarik lagi sudah ada tanda-tanda bakal merudumnya kerusi Parlimen Baling, Sik, Pendang dan Pokok Sena kembali ketangan partipembangkang. Sesunguhnya jika benar berlaku banyak kerusi Parlimen jatuh ketangan partipembangkang kali ini serta jatuhnya semula Trengganu ke tangan PAS disamping tenatnya keputusan pilihanraya dinegeriKedah dan Pulau Pinang, seluruh tanggung jawab ini terpikul dibahu Abdullah Ahmad Badawi beserta menantunya Khairy Jamaluddin seorang anak Melayu yang mendaftar nama dalam kad pengenalan tanpa bin.
Dalam erti kata lain, andainya Barisan Nasional mengalami kekalahan teruk ditangan pembangkang meskipun masih mampu membentuk kerajaan, sebagai seorang pemimpin yang bermoral dan berintergeriti seharusnya dia memilih
untuk berundur dari SeriPerdana seperti yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad seusai musim pilihanraya tahun 1999 yang menyaksikan begitu banyak kerusi jatuh ketangan pembangkang. Abdullah Ahmad Badawi harus menjadikan keputusan pilihanraya 2008 sebagai isyarat jelas dari rakyat jelata jikadia benar-benar seorang pemimpin bermoral. Fikir-fikirkanlah.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment