KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 26, 2008

Pesan Bekas Orang Kuat Pemuda Umno

"Saya harap adik kakak jangan mudah percaya dengan janji Umno di bawah pemerintah Abdullah Badawi kerana perjuangan Melayu di tangan Umno (Abdullah) hari ini sudah musnah dan hancur," kata bekas orang kuat Pergerakan Pemuda Umno tahun 80-an, Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz .

msomelayu.blogspot.com

KEMUNCULAN bekas orang kuat Pergerakan Pemuda Umno tahun 80-an, Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz di pentas ceramah Pas di Kampung Galok, Chetok malam tadi mengejutkan kira-kira lebih 2,000 yang hadir.
Ceramah itu merupakan ceramah pertama dalam kempen pilihan raya bagi calon Pas DUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan calon Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali.

Kehadiran Kamal Amir secara mengejut itu memberi peluang kepada pendengar untuk mengetahui isu-isu semasa dan juga pergolakan dalam parti Umno dewasa ini.

Kamal Amir yang kini aktif menggerakan NGO - Masyarakat Prihatian Malaysia (Perima) juga merupakan seorang wartawan terkemuka Utusan Melayu era tahun 80-an dan kini merupakan seorang bloger tanah air yang popular.

Dalam ceramah ringkasnya tadi Kamal Amir menyeru dan memberi peringatan kepada orang Kelantan supaya tidak mudah terpedaya dengan janji-janji Umno untuk menyalamatkan Melayu dan Islam. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive