Kurup dilempar botol air dan ditumbuk
durianranau.blogspot
NABAWAN: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parli-men Pensiangan, Tan Sri Jo-seph Kurup terpaksa membayar harga mahal kemenangannya tanpa bertanding apabila dilempar dengan botol air dan dipercayai ditumbuk oleh seorang lelaki, di luar Dewan Serbaguna Nabawan, di sini kelmarin.
Ketika kejadian, Kurup di-percayai berjalan menuju ke keretanya selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Bubu-dan OT Majalu pada jam 1.30 petangmengumumkan Kurup menang tanpa bertanding kerana tiada calon lain mengemukakan kertas pencalonan.
Terdahulu, keadaan di dalam dewan berkenaan kecoh sebaik saja calon Parti Keadi-lan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai dan calon Bebas, Saineh Usau mendapat tahu bahawa pencalonan mereka ditolak selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan dikemukakan pegu-am Kurup.
Peguam Kurup membuat bantahan dengan alasan Danny dan Saineh mengemukakan kertas pencalonan melebih waktu sepatutnya ia diserahkan kepadapegawai SPR, iaitu antara jam 9 hingga 10 pagi.
Dalam keadaan kecoh itu, Danny dan Saineh bertemu Bubudan untuk bertanya mengapa kertas pencalonan mereka ditolak dan mereka diberitahu bahawa kertas pencalonan mereka dikemukakan selepas jam 10 pagi.
Berdasarkan kertas pencalo-nan Danny dan Saineh yang ditampal pada papan kenyata-an di dalam dewan itu, Danny mengemukakan kertas pencalonan pada jam 10.25 pagi manakala Saineh pada jam 10.30 pagi dan ia ditandatangani oleh Bubudan.
Bagaimanapun, Danny dan Saineh mendakwa mereka sudah hadir di dalam dewan berkenaan sebelum jam 10 pagi dan sudah membayar deposit serta lewat mengemukakan kertas pencalonan kerana terpaksa menunggu 11 calon lain selesai mengemukakan kertas pencalonan masing-masing.
Keadaan itu menyebabkan Danny memanggil penyokong-nya masuk ke dalam dewan tetapi berjaya dikawal polis.
Selepas Bubudan mengumumkan tiada kertas pencalonan lain diterima kecuali kertas pencalonan Kurup, sekali gus mengumumkan Kurup memang tanpa bertanding, keada-an menjadi bertambah kecoh.
Selepas mencabut undi bagi menentukan nama dan lambang parti calon yang akan digunakan pada kertas undi 8 Mac ini, Kurup dipercayai beredarkeluar dari dewan berkenaan tetapi dilempar dengan botol air, dimakidan dipercayai ditumbuk.
Kurup kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, kira-kira jam 3.30 petang.
Selain itu, kejayaan Kurup menang tanpa bertanding dikatakan banyak dibantu tindakan enggan bertanding oleh bekas Ahli Parlimen Pensiang-an, Datuk Bernard S Maraat yang mengumumkan akan menentang Kurup atas tiket calon Bebas, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, sehingga proses menerima kertas penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi semalam, Maraat tidak muncul.
Maraat yang tidak dicalon-kan semula mempertahankan kerusi Parlimen Pensiangan, pada sidang medianya di kediamannya di Keningau Jumaat lalu, mengumumkan keluar dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan akan menentang Kurup.
Bekas Setiausaha Agung PBRS itu berbuat demikian apabila Kurup yang juga Presiden PBRS mengambil keputusan berpindah dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook ke Parlimen Pensiangan manakala kerusi DUN Sook ditandingi Timbalan Presiden PBRS, Datuk Ellron Angin PBRS hanya memiliki dua kerusi pada pilihan raya 2004, iaitu DUN Sook dan Parlimen Pensiangan. Pada pilihan raya kali ini, hanya dua kerusi berkenaan diperuntukkan BN Sabah kepada parti itu.
Sementara itu, Ellron dicabar tiga calon, iaitu Sidum Manjin dari Barisan Rakyat Sabah (BRS), Paul Bunsu Gintang Paul Gitang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suaidin Shuhaiddin Lang-kab @ Langab (Bebas).
Bagi kerusi DUN Nabawan, penyandangnya Datuk Bobbey Suan (BN) dicabar Gabriel Uwing Agunsung (PKR) dan Alexsius Mangka (BRS).
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment