KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 26, 2008

HARI PENAMAAN, CALUN BERCUTI KE P. DICKSON

Misteri calon hilang terjawab
hmetro

KAPAR: Misteri ‘kehilangan’ Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kapar, Suzaimi Salam, 34, yang gagal menghadirkan diri untuk penamaan calon bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, kelmarin, terjawab apabila dia disahkan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, kira-kira pada jam 6 pagi hari berkenaan.

Suzaimi didakwa ke Port Dickson bersama isteri serta anak mereka tetapi tidak dapat dipastikan tujuannya berbuat demikian sedangkan dia tahu kelmarin adalah hari penyerahan borang pencalonan untuk mencabar penyandang kerusi DUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusuf, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kehilangan Suzaimi pada jam 11 pagi semalam yang dibuat Ketua PKR bahagian Kapar, Mohd Bakri Abd Wahab.

“Selepas menerima aduan, kami ke kediaman Suzaimi di Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang dan lelaki itu tiada di rumah.

“Pada masa sama, isteri Suzaimi dikenali sebagai Zaleha memaklumkan mereka ke Port Dickson, pagi kelmarin, dan hanya pulang kira-kira pada jam 1 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

No2umnO - Kuasa duit memang tiada tolok bandingnya pada kaum kaum yang cuba menjadi kaya dengan sekelip mata. Penamaan calun macam SKIM CEPAT KAYA. Berpaling tadah, berselingkuh dan pengkhianatan boleh berlaku. Rahman Palil tolong komen sikit .........

3 comments:

Anonymous said...

Suzaimi didakwa ke Port Dickson bersama isteri serta anak mereka tetapi tidak dapat dipastikan tujuan..
x dak telog ka?

radenjowo said...

kalau dia kena ketuk ke, kena balun ke, kena tahan ke .... tak per la jugak. Ini lari ke PD ... Macam ada yang tak kena?

Anonymous said...

muda lagi tu
tak fikir panjang agaknya,pikir RM

Posting terkini

Blog Archive