qanunfiatdunia.blogspot.
Proses penamaan calon di Parlimen 108: Shah Alam di adakan di Dewan Serbaguna Seksyen 19, Shah Alam. Sekitar jam 8 pagi para penyokong pembangkang beserta calon parti pembangkang telah berkumpul di Masjid Seksyen 19. Formasi perarakan disusun oleh para petugas parti. Dengan kelolaan seorang marshal, para penyokong diberikan arahan-arahan yang jelas abgi mengelakkan dari kejadian tidak diingini berlaku. Barisan perarakan didahului dengan calon-calon dari parti Pas dan Keadilan. Dibelakang calon terdiri daripada barisan pemuda-pemuda yang membawa sepanduk dan bendera-bendera parti. Di bahagian tengah adalah barisan muslimah beserta anak-anak dan dibelakang sekali terdiri dari barisan pemuda dengan tujuan untuk menjaga golongan muslimah yang berada di tengah.
Kira-kira jam 8.20 pagi perarakan pembangkang pun dimulakan dengan didahului bacaan doa bagi memohon agar segala perjalanan program pagi itu berjalan dengan lancar. Berjalan sejauh hampir 1 km ke arah pusat penamaan calon, para penyokong terus menerus melafazkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan diselangi dengan laungan takbir, reformasi dan hancur rasuah!! Tiba di hadapan dewan, seluruh penyokong pembangkang telah ditempatkan disebuah padang yang lecak dan berlumpur namun cukup luas untuk menempatkan penyokong-penyokong pembangkang yang lebih ramai dari penyokong parti Barang Naik..
10 minit kemudian penyokong-penyokong parti Barang Naik pun tiba bersama calon mereka. Semua calon dari kedua-dua pihak bertanding telah masuk ke pusat penamaan dan menyerahkan borang percalonan mereka. Sementara menunggu, selawat dan laungan takbir dan reformasi terus menerus di laungkan. Para penyokong pembangkang semuanya dalam keadaan displin yang tinggi dan terus setia menanti di padang yang lecak berbanding di pihak parti Barang Naik dimana mereka diletakkan di kawasan tempat letak kereta. Walau ada sedikit unsur-unsur provokasi dari pihak 'orang utan' namun kerana ketegasan marshall yang ada berjaya menenangkan para penyokong pembangkang agar tidak melayan segala provokasi yang dilakukan.
Amatlah berbeza dibandingkan antara penyokong dari kedua-dua parti. Dari parti Barisan Rakyat, para penyokong kebanyakkannya dari mereka yang berperawakan warak dan berilmu. Berada dalam kumpulan-kumpulan kecil dan terus-menerus berbincang akan isu politik semasa dan bertukar-tukar fikiran. Para penyokong terdiri dari mereka yang belia hinggalah tua. Melayu, Cina dan India berada bersama dan mengangkat bendera yang sama. Hanya selawat dan takbir yang menjadi laungan. Sambil menunggu, sekali lagi bacaan doa dilafazkan mendoakan agar segala urusan calon berjalan lancar dan moga Allah kurniakan kepada calon pembangkang di Shah Alam satu kemenangan untuk era politik baru pada 8 Mac ini. Namun yang dibanggakan adalah kehadiran penyokong pembangkang jauh lebih ramai dari penyokong parti Barang Naik.
Bila dilihat ke seberang, seorang marshall tak pun kelihatan. Penyokong terdiri dari hampir semua parti komponen namun setiap mereka mengibarkan bendera parti masing2 dan tak sampai satu jam, hanya tinggal bendera2 Umno sahaja yang kelihatan. Memalukan apabila dilihat yang penuh di kem Umno adalah mat rempit yang terus menerus menyanyi lagu2 yang telah diajar di Tadika Kemas seperti rasa sayang, geylang dan juga lagu artis yang menyokong Pas iaitu lagu Mawi. Tanpa segan silu, ketika penyokong pembangkang melafazkan doa, mereka tanpa segan silu berselawat dengan suara yang kuat kononnya untuk menunjukkan mereka juga 'alim'. Langsung tidak menghormati doa yang sedang dibacakan.
Jam 11.20 pagi pegawai SPR pun mengumumkan kesemua calon layak untuk bertanding dan calon2 diperkenalkan. Calon dari parti Barang Naik dan penyokong mereka adalah yang pertama meninggalkan pusat penamaan calon dan diiringi dengan laungan gempur. 20 minit kemudian, calon-calon pembangkang pun meninggalkan pusat penamaan dan menemui penyokong yang setia menunggu di padang. Calon-calon dikerumuni dan di kesempatan ini calon-calon mengambil kesempatan untuk menyampaikan amanat masing-masing buat petugas dan penyokong parti.
Calon bagi Parlimen Shah Alam adalah Ir Haji Khalid Samad (51 tahun) merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor 1. Beliau yang mempunyai ijazah dalam kejuruteraan bahan api adalah adik kepada Datuk Shahrir Samad, tokoh Umno dari Johor. Pada tahun 1987, Khalid Samad pernah ditahan ISA namun dibebaskan kerana abangnya Shahrir Samad bertanding sebagai calon bebas menentang BN dalam pilihan raya kecil Johor Bahru. Pilihan raya kali ini adalah kali kedua beliau bertanding di Parlimen Shah Alam dimana pada 2004 beliau kalah dengan majoriti 11,410 undi. Di kerusi Dun Kota Anggerik, calon PKR dipertaruhkan iaitu Tuan Haji Yaakub dan bagi Dun Batu Tiga adalah calon wanita dari PKR iaitu Puan Rodziah Ismail. Kesemua calon berjanji untuk bekerja keras bagi memenangi pilihanraya ini dan berjanji sekiranya menang mereka akan terus menerus memperjuangkan isu rakyat setempat dan akan melakukan perubahan kearah pentadbiran setempat yang lebih bersih dan berkebajikan. Calon juga menjanjikan akan satu era politik yang baru di Malaysia selepas 8 Mac ini.
Program diakhiri dengan bacaan doa untuk kemenangan calon dan juga untuk satu perubahan di Malaysia. Kata-kata dari calon PKR bagi Dun Kota Anggerik menarik perhatian saya -
Hari ini adalah Perjuangan, Esok adalah Pengharapan, Lusa adalah KEMENANGAN!!!
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment