Update: 7.25 pm. Rayuan UMNO kepada ahli ahlinya (Rujuk)
" Saya meminta kepada semua Jentera Pemuda untuk bersabar mengenai peruntukkan Pilihanraya.Saya baru saja mendapat berita dari peringkat Pemuda Bahagian di mana Pemuda akan mendapat T`shirt sebanyak dalam 100 helai utuk setiap peti undi.Oleh itu jangan ler kita bergaduh kerana isu-isu remeh umpama tak dapat T`shirt dan sebagainya.T`shirt telah di tempat cuma belum siap aja lagi.Dari segi Kewanggan pula, peruntukkan untuk Pemuda pasti ada.Saya Selaku Ketua Pemuda Cawangan akan memperjuangkan nasib rakan-rakan semua untuk mendapatkan hak rakan-rakan, cuma apa yang saya inginkan berilah Komidmen rakan-rakan untuk Pilihanraya ini.Saya akan agihkan segala peruntukkan Pemuda untuk rakan-rakan apabila saya memperolehinya kelak.Saya berjanji saya akan mengagihkan segala peruntukkan Pemuda kepada rakan-rakan dengan seadil-adil nya.Itu janji saya sebagai Ketua Pemuda Desa Jaya.Usah kita terpedaya dengan Dakyah- Dakyah di luar yang cuba menretakkan hubungan Pemuda.Pemuda harus bekerja dalam satu kumpulan.Jika ada apa-apa permasalah terus berjumpa dengan saya dan kita akan cuba menyelesaikan nya seperti keluarga."
No2umnO - Kesian jugak aku tengok kan diorang ni. Budaya upah, rasuah memang mesra bersama UMNO. Tak der wang, tak der orang, tak der tiang, tak der kain terbang. Patutlah di banyak kawasan, UMNO tidak bergerak gerak lagi. Pondok mereka kosong. yang ada meja dan kerusi tempat lepak mat rempit malam malam buta. Bukan nak sombong, tapi nak buat macamana, perjuangan tak ikhlas. Ada wang kena kilas. Alahai ...... UMNO
Pada petang ini, wak telah dipanggil oleh seorang teman dari Negeri Sembilan menawarkan peluang untuk membuat t shirt 'BN'. Putih dan cop dacing depan dan belakang. Bersaiz 'L' dan 'XL'. Harga tidak menjadi soal. Berjumlah 500 pasang. Bila wak tanya untuk cawangan mana, dia kata Rembau. Dan wak pun ketawa memberikan alasan ...... untuk BN sorry. Tapi kalau untuk BA ... ok. Dia terus meletakkan taliponnya.
Keadaan terdesak ini dikatakan berpunca dari keadaan kewangan yang tidak berapa jelas. Pihak BN telah membuat pesanan dari negara Cina, malangnya tidak mampu untuk membayar dan akibatnya, tiada pesanan boleh dihantar. Keadaan sudah terdesak dan beberapa cawangan dikhabarkan masih tidak menerima sebarang T Shirt. Tak der T Shirt jentera tidak berjalan kerana mereka asyik membandingkan antara cawangan cawangan lain dan cawangan mereka. APa yang orang lain dapat, mereka pun mahu juga. Akibatnya ...... semua tergendala.
0 comments:
Post a Comment