SPR-Mematikan yang Hidup
shahrulrock.blogspot
Barangkali dengan tajuk yang sebegini boleh membuatkan sesetengah pembaca tertanya-tanya,kenapa atau barangkali jua mengapa?
Saya selalunya jarang atau boleh di katakan kurang berminat dengan corak politik Malaysia walaupun secara dasarnya sejak kecil lagi saya di besarkan dalam keluarga yang berpegang kuat dan bersemangat memperjuangkan politik,terutamanya UMNO.Saya selalu juga memberi alasan bahawa politik ini lebih bersifat "memperkayakan"dari sifat yang sepatutnya "memperjuangkan".Secara langsung,dunia politik itu sendiri yang membuatkan saya menolaknya.Harus di akui,dengan cuaca politik jugalah kita di merdekakan.Saya terima hakikat ini.
Dalam waktu-waktu yang mana suhunya semakin memuncak kerana Pilihanraya Umum ke 12,saya ikut terkena bahangnya dan sebagai seorang yang merasakan bahawa mengundi itu adalah hak setiap individu dan telah pun lama mendaftar sebagai pemilih,saya terkejar-kejar jejeran berita,baik di televisyen ataupun yang terpampang di akhbar.
Untuk memperkukuhkan kelayakan saya mengundi pada tahun 2008 ini,siang tadi(26-Feb-2008)saya menghubungi ibu di kampung bagi mengesahkan kepulangan saya untuk mengundi. Ketika galak bercerita,saya bertanya ibu perihal datuk saya yang bersemangat tinggi setiap kali tibanya pilihanraya.Ibu mengkhabarkan bahawa datuk kecewa.Tetapi mengapa?
Datuk kecewa kerana namanya tiada dalam senarai daftar pemilih yang baru di keluarkan untuk tahun 2008,ibu menyifatkannya sebagai kesilapan teknikal dari Suruhanjaya Pilihanraya.
Saya kurang berpuas hati dan membuat panggilan ke Suruhanjaya Pilihanraya di Putrajaya dan membuat semakan bagi pihak datuk. Amat mengejutkan bila di maklumkan oleh seorang kakitangan yang bernama Puan Effa bahawa nama datuk telah di keluarkan dari senarai daftar pemilih kerana telah meninggal dunia pada 1966, sebelas tahun sebelum saya di lahirkan. Setelah agak lama bertegang leher,saya di syorkan untuk menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk membuat semakan status diri datuk. Maklumat yang saya perolehi dari JPN sedikit membuatkan saya tersenyum. Jauh di hujung talian,kakitangan JPN mengesahkan bahawa datuk saya masih dalam status "aktif"(masih hidup)!
Saya kembali menghubungi SPR namun tiada maklumbalas dan secara langsungnya datuk saya yang berusia 74 tahun telah di matikan oleh SPR ketika beliau berusia 47 tahun lagi.Hebat sungguh peranan SPR!
Mulai dari saat ini,saya mula menerima tindakan pertubuhan BERSIH membantah,saya juga mula menerima tindakan Mohd Sabu mengoyakkan surat bantahan di ibu pejabat SPR dan juga sudah boleh menerima bahawa SPR hanyalah sebuah nama yang meletakkan slogan "cekap dan telus"sebagai syarat sahaja.
Tidak hairanlah juga kenapa PAS terus melalak,Keadilan terus berteriak,DAP semakin galak dan BN?BN berterus dengan gelak........
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment