alhusseyn51.blogspot.com
Pemasangan poster dan banting adalah biasa bila musim pilihanraya tiba.Masing-masing cuba mengatasi parti lawan.
Dikawasan Dun Sungai Rapat Ipoh, di persimpangan masuk ke Sungai Rokam telah menjadi medan 'Perang Poster yang hebat diantara PAS dan Umno.
Pihak Umno terasa tercabar apabila PAS menaikan kain rentang yang telah dihadiahkan oleh bekas penyokong Umno/BN.Tulisan pada kain rentang itu berbunyi : Sudah tiba masanya Kini Kita Berubah,UNDILAH PAS Sumbangan Ikhlas dari Kami Bekas Penyokong Umno / BN
Malam tadi,Umno Bawean Sungai Rokam secara melampau telah menaikan satu kain rentang yang cuba mengheret masyarakat Bawean Malaysia secara borong kononnya menyokong Umno/Pak Lah.
Ramai kalangan bijak pandai dan professional Bawean disekitar Ipoh sahaja berasa kesal dengan dakwaan tersebut dan amat berasa malu dan terhina kerana dilibatkan dengan parti yang terkenal dengan penglibatan 'rasuah dan salah laku urus dana rakyat.
"Sidney,tidak patut mengheret seluruh kaum Bawean dan mempersendakan bangsa Bawean. Bila masa saya memberi perakuan menyokong Umno?," soal Saudara Asmuni Awi, seorang pengamal undang-undang ternama di Bandar Ipoh.Beliau merujuk kepada pemimpin Umno Bawean yang bernama Sidney.
Asmuni adalah Naib Pesuruhjaya PAS Negeri Perak merangkap Pengarah Pilihanraya PAS N.Perak.
"Saya sendiri bukan menyokong Umno dan ada ramai orang Bawean yang menjadi ahli PAS , terutamanya golongan yang professional dan terpelajar," terangnya lagi.
"Antara golongan orang Bawean yang profesional , menyokong dan menjadi ahli PAS ialah adik saya sendiri, Dr Abdullah ; selain itu Dr Zakariya ,Dr Saleh juga Professor Yahya Maksom dan ada beberapa orang guru dan ada diantaranya menjadi Ketua Cawangan seperti PAS Cawangan Sungai Rokam - diketuai oleh orang Bawean. Terbukti dakwaan Saudara Sidney itu tidak berpijak dibumi yang nyata."
Adalah difahamkan, bahawa orang Bawean telah diperdayakan oleh beberapa pimpinan Umno Bawean tempatan dengan mengatakan bahawa Abdullah Badawi itu adalah orang Bawean. Mereka merasa megah kerana Pak Lah menjadi penaung kepada Persatuan Bawean Malaysia; sedangkan tiada setitis bakti pun yang pernah dicurahkan oleh Abdullah kepada masyarakat Bawean, terutamanya yang berada di Ipoh ini.
PAS Sungai Rokam akan melawannya dengan kain rentang juga yang sudah pun ditempah khas!
Feb 26, 2008
Golongan Bijak Pandai dan Profesional Bawean Menyokong PAS
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment