KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 26, 2008

'Menang, esok turun harga minyak'

Malaysiakini Hasil keuntungan minyak Petronas yang berjumlah RM80 bilion akan "dipulangkan" kepada rakyat dengan menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang menang dalam pilihanraya umum 8 Mac ini, kata Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah itu juga, tambahnya, secara tidak langsung akan menstabilkan harga barang.

anwar ibrahimHari ini (8 Mac) kita diumumkan menang, esok (9 Mac) kita umumkan penurunan harga minyak," kata Anwar ketika berucap kempen pakatan pembangkang di pekan Tanjung Dawai malam tadi.

Bernama memetik Anwar sebagai berkata, beliau tahu bagaimana hendak menguruskan ekonomi negara kerana selama menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 harga minyak tidak
sekalipun dinaikkan.

"Tak payahlah nak bagi tau, saya taulah macam mana nak buat," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

No2umnO - Wak nak bagi tau beberapa kaedah yang difikirkan oleh BA yang bakal membawa kepada pulihnya ekonomi negara. Biar berapa hebat pun ekonomi sekarang yang cuba diterangkan oleh BN, kita boleh menyelidiknya sendiri. Dan bukan berharap kepada angka dan bukti yang BN tunjukkan. Yang pasti.....poket kita bagaimana?

Untuk pulihkan ekonomi Malaysia.

  • Tukar Perdana menteri....siapa? Bukan Dollah dan bukan Najib. Kalau masih ada jembalang tanah spesis sebegini, pelabur tak akan masuk kecuali Israel dan Singapura.
  • Turunkan harga minyak. Agar kos operasi di Malaysia akan turut turun. Kos rendah, maka pelaburan pun bertambah.
  • Keselamatan. Kurang kan jenayah. Tiada kebimbangan pada mana mana pihak. asing atau tempatan untuk berada di Malaysia.
  • Rasuah sifar .... gejala yang menyebabkan segala urusan pelaburan luar terhenti kerana tertakluk dengan banyak sangat syarat yang bersangkutan dengan ahli ahli politik.

Dan lain lain perkara....makanya .....tukar kerajaan, tukar pemerintah. Pulih kan ekonomi. Poket akan penuh dengan peluang yang bakal menjelma. Siapa punya kerja? Kita punya kerja.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive