Beruk tak der bulu. Aikk .... lena macam pernah nampak, kat mana ye?
imej: blalang
Mar 6, 2008
CALUN BN REMBAU KE NI?
Labels: Beruk Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Paling Mual Dalam Sejarah
adilnewsnet
Negara Aman = Setiap hari ada sahaja paparan berita jenayah. Rompakan! Dadah! Provokasi Perkauman! Melayu Benci India. India Benci Melayu. Tapi Pak Lah tetap bersekongkol dengan Samy Vellu!
Negara Selamat = Kes jenayah telah meningkat sebanyak 40% pada tahun 2007. Kes rogol gadis - gadis remaja dan kanak - kanak semakin menular. Trend popular pada hari ini ialah perbuatan merakam aksi tersebut menggunakan handphone 3G. Video - video gadis Melayu dicabul beramai - ramai telah menjadi santapan jiwa remaja. Selamatkah mereka?
Trend remaja menganggotai pertubuhan - pertubuhan tertentu telah mewujudkan suasana yang tegang. Gejala gangsterisme semakin kronik. Tanpa disedari anak - anak kita mungkin sudah terjebak ke kancah gejala sosial. Undi anda kepada BN akan menghancurkan masa hadapan anak - anak generasi mendatang!
Negara Makmur = Harga barang semakin naik. Selepas ini harga minyak pun bakal dinaikkan jika BN menang pilihanraya. Pengagihan ekonomi yang tidak sama rata menyebabkan perut Najib Razak semakin boroi di saat rakyat marhaen terpaksa mengubah gaya hidup. Keadaan ekonomi & sosial sudah tidak makmur di bawah pentadbiran Auto - Pilot Islam Hadhari Al - Badawi.
Pembangunan = Perbuatan membina bangunan kerajaan yang akhirnya retak, pecah dan runtuh rantah. Agenda Pembangunan pula ialah perbuatan meninggikan nilai kos projek (mark up) bagi membolehkan cukong - cukong UMNO - BN membaham komisyen.
Agenda Pembangunan dicanang bagi memperdayakan orang ramai yang teruja dengan janji - janji manis pimpinan tertinggi UMNO.
BN = Beban Negara
Parti Barang Naik (BN) telah melakukan satu kesilapan besar dalam pilihanraya umum kali ini.
Pertama sekali, mereka telah menyebabkan rakyat berasa jelak dengan propaganda bertali arus yang dilancarkan menerusi media perdana.
Iklan - iklan propaganda disiarkan secara kerap di stesen - stesen radio dan televisyen, selain memenuhi ruangan surat khabar harian milik mereka.
Tidak cukup dengan itu, iklan - iklan propaganda ini turut memenuhi ruangan billboard di stesen Putra LRT. Sana sini situ semuanya BN. Entah berapa belas juta telah dihabiskan untuk menampung kos pengiklanan sahaja.
Malangnya, BN hanya mengulang - ulang ayat yang sama. 'Selamat, Aman & Makmur' dan 'Agenda Pembangunan'. Itulah yang disiarkan berulang kali, selain dari aksi ahli parti pembangkang membuat pengisytiharan keluar parti.
Sejak zaman wakil rakyat PAS Hashim Gera menewaskan UMNO di Perak sehinggalah sekarang, corak dan strategi kempen BN tidak banyak berubah. Dulu ada cerita orang PAS keluar parti, sekarang pun masih ada. Dulu ada Pemuda Tahan Lasak, sekarang timbul pula Gerak Gempur Pemuda.
Dulu rasuah duit. Sekarang pun rasuah duit. Dulu janji kosong, sekarang pun janji kosong juga. Cuba selidik apakah janji - janji Perdana Menteri pada tahun 2004 itu telah dikota? Hampeh.
Janji membasmi rasuah dan mengheret jerung perasuah? Hampeh. Janji untuk berkerja bersama rakyat? Hampeh. Rakyat memang berkerja tetapi dia asyik lena diulit mimpi yang indah - indah. Hampeh punya pemimpin.
Di saat Johor ditenggelami air bah, dia seronok berehat di Australia berlayar bersama Dato' Todt dan Michelle Yeoh. Di saat rakyat Kota Tinggi panik dikepung arus deras sungai, Pak Lah dengan gembiranya merasmikan Nasi Kandar Puteri di Perth.
Walaubagaimanapun Nasi Kandar Puteri telah gulung tikar 6 bulan selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri.
Inikah Perdana Menteri yang kita idam-idamkan selama ini? TIDAK. Kita tidak perlukan KAKI TIDUR untuk mengepalai pentadbiran Malaysia! Oleh yang demikian undilah calon - calon Barisan Rakyat pada 8 Mac 2008! Anda mampu mengubahnya.
Keluarlah mengundi beramai - ramai! Marilah kita pakat - pakat tumbangkan Barisan Nasional!
Lawan Tetap Lawan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Penduduk Shah Alam Pengotor - Aziz Shamsuddin
Labels: Aziz Shamsuddin
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SITI PENING KEPALA

Wak kasihan melihatkan artis artis negara kita. Pada mereka yang tak tahu politik kita maafkan tapi kepada yang cuba bermain politik dan menjadi alat Barisan Nasional ... sungguh menyedihkan.
TASEK GELUGOR 5 Mac – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta rakyat memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini.
Beliau yakin orang ramai pasti telah membuat penilaian dan keputusan terbaik untuk memilih parti yang dapat menjamin masa depan diri, keluarga dan negara.
“Dalam hidup, kita perlu buat keputusan terbaik, bukan saja untuk diri sendiri tetapi keluarga.
“Saya yakin calon BN termasuk Tan Sri Nor Mohamed (Yakcop) dapat kemenangan pada pilihan raya nanti,'' katanya. - Utusan Meloya
Lihatkan keadaan SITI NURHALIZA yang terpaksa menyokong Barisan Nasional setelah kehadirannya di Rembau ketika dijemput oleh Khairy Jamaluddin di dalam siri ceramahnya yang lepas, telah mengundang pelbagai spekulasi. Beliau TIDAK menyebut sebarang arahan atau desakan untuk menyokong BN, lantas ada pihak yang tidak berpuas hati.
Suaminya 'Datuk K' , Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa adalah kroni kepada beberapa orang pemimpin BN. Kini BN di dalam keadaan yang terumbang ambing. Capai mana yang dapat. Datuk K terpaksa menyokong BN demi masa depan. Status kroninya telah mengheret beliau untuk berkempen bersama. Namun kehadirannya tidak memberikan apa apa perbezaan dan pilihannya tiada, kecuali untuk membawa bersama isterinya, seorang artis tersohor ketika ini, Siti Nurhaliza Taruddin. Beliau mampu menggamit ramai untuk hadir disamping menjadi umpan pilihanraya.
Kalau dulu tidak menyebut, kini Siti terpaksa ubah senikata di dalam ucapannya....
Di Rembau , "Pilih lah secara bijak" , tapi di Pulau Pinang pula .... "“Dalam hidup, kita perlu buat keputusan terbaik, bukan saja untuk diri sendiri tetapi keluarga. Saya yakin calon BN termasuk Tan Sri Nor Mohamed (Yakcop) dapat kemenangan pada pilihan raya nanti.''
Semua gara gara ... tak bantu tak boleh, dibantu, terpaksa.
Siti boleh hidup dengan kurnia suara dan bakatnya walau parti apa pun yang memerintah, tapi suaminya ..... Tak der BN, pening kepala. Maka ... nilaikan tindakan dan usaha beliau. Ikhlas atau dipaksa ikhlas. Tanggung jawab sebagai isteri beb.....
Labels: Siti Nurhaliza
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
PAGI PAGI AKU DIGANGGU ....
Berita baik di awal pagi
Dang ... dang... dang!! Aku di kejutkan dari bilik oleh Jiran sebelah rumah. Diketuknya pintu bagaikan mahu dipecah. Bergegas keluar mencari apa kena dan siapa yang ketuk pintu rumah.
Dari luar dan tersenyum .... "Nah Pisang .. buat cengkodok". Hoiyoooo ingat ada orang gaduh ... rupanya nak bagi pisang yang masak di belakang rumahnya. Baik sungguh kakak jiran sebelah rumah. Apa yang dia tanam, semua dia beri. Baik lagi aku.....apa yang jiran aku tanam, semuanya aku ambik.
Selepas memberikan pisang itu, kakak yang berbangsa India tu berbisik...
Beritahunya .... "TAHUN NI BARISAN HABIS". Maksudnya Barisan Nasional.
Saya tanya "Mana kakak tau?"
Dia jawab, "Semua orang sudah cerita ... Melayu, Cina dan India semua pun cakap."
Jiran ku itu bekerja dengan "Kedai Pajak" dan majikan berbangsa Cina di bandar. Percampuran dengan semua bangsa telah menjadi kan beliau sering di beritahu berita MUTAKHIR dari pelanggan pelanggannya.
Selepas memberitahu perkara itu, dia pun berlalu pergi.
Tak perlu sorok, tak perlu lindung. Semua orang sedar dan tahu bahawa Dollah Badawi, Khairy dan Samy adalah punca kejatuhan Barisan Nasional kali ini. Sudah lama dan rakyat sudah muak dengan semua politik cakap cakap.
Apa yang kita lihat sekarang ..... ibarat orang tamak dan tenggelam, tidak tahu berenang. Semuanya dicapai. Ranting, akar dan apa jua untuk mengelak diri lemas. Barisan Nasional sudah semakin menuju kehancuran. Lihatkan terdesaknya mereka. Artis, Chandra Muzaffar, pakar analisa, media dan apa sahaja yang berada di depan mata, akan segera dijentik untuk pohon bantuan. Manakala semua keluarga sudah turun padang untuk turut membantu. Tidak seperti tahun tahun yang lalu.
UMNO dan BN akan terkubur selepas kalah PRU 12 nanti kerana mereka akan saling menyalahi antara mereka. Kau tak betul, aku tak betul dan ramai akan dibawa ke mahkamah kerana salah guna kuasa. Kita beruntung kerana pada tahun ini kita mampu mencipta sejarah. Sejarah yang akan abadi sampai bila bila..... Jangan lepaskan peluang. Turun beramai ramai, mengundi dan berikan sokongan kepada Barisan Alternatif. Ubah sebelum parah.
Walaupun jiran ku itu seorang pekerja kedai Pajak Gadai, tapi selalu berita yang diberikan lebih telus dan jujur berbanding Media Arus Perdana .... maka sudah sampai masanya ....
LAWAN ....... TETAP ....... LAWAN
Labels: PRU 12
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pengundian Dalam Kem Tentera Tidak Telus
msomelayu
HARI ini giliran anggota tentera pula menunaikan kewajiban sebagai warganegara membuang undi untuk pilihan raya ke-12. Semalam anggota polis telah menunaikan tanggugjawab mereka.
Pengundian oleh anggota pasukan keselamatan khasnya polis dan tentera sudah lama diragui oleh pembangkanng mengenai sejauh mana ketelusan dan kebebasannya serta kerahsiaannya dijaga.
Biasanya anggota terntera mengundi awal. Tempat pengundian ialah di dalam kem tentera. Ekoran bantahan dan desakan pembangkang tahun ini wakil-wakil (pemerhati) calon-calon bertanding di dalam pilihan raya dibenarkan menjadi pemerhati dan memantau pengudian berkenaan.
Persoalannya sejauh manakah peranan pemerhati berkenaan. Apakah mereka boleh membuat sebarang teguran dan bantahan ke atas apa-apa perbuatan atau pun salah laku di sepanjang pengundian berkenaan.
Baru sekejap tadi saya menerima satu panggilan dari seorang mengakui dirinya anggota tentera. Beliau dakwa dari Kem Sungai Undang Melaka. Anggota ini melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku di tempat mengundi di dalam kem berkenaan dan juga peraturan yang dikenakan.
Beliau mempersoalkan di manakah ketelusan dan rahsia undi yang dilaung-laungkan. Kerana menurutnya setiap anggota yang hendak mengundi diarah supaya memasukkan kad pengenalan di dalam sampul surat bersama kertas undi.
Kalau inilah cara katanya, ketelusan dalam pengundian itu sudah tidak ada.
Ditanya apakah tidak ada pegawai pemerhati dari wakil-wakil parti, katanya ada tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa atas alasan arahan dari pihak atasan.
Di kem Sungai Undang mempunyai seramai hampir 3,000 pengundi. Kira-kira 1,000 pengundi membuang undi hari ini selebihnya besok dan lusa.
Pemanggil itu menjelaksan ramai di kalagan anggota muda tentera yang berminat untuk undi pembangkang, tetapi tidak boleh melaksanakanya kerana peraturan (tinggal kad pengenakan dalam sampul undi) dan arahan tadi.
Pemanggil itu mengakui beliau sendiri berminat kepada pembangkang. Disebabkan tidak setuju dan kesal dengan peraturan itu beliau telah merosakkan undinya. "Kerana geram dengan keadaan itu saya rosakkan undi," katanya.
Dari laporan anggota tentera tadi maka jelas kebebasan dan kerahsiaan undi di kalangan anggota tentera tidak nwujud. Ini bermakna kebenaran SPR dan pihak berkuasa kem kepada wakil-wakiul calon untuk jadi pemerhatian hanya membuang masa sahaja.
"Tolonglah encik bagi tahu kepada pihak pembangkang agar membuat penyiasatan dalam hal ini kerana kita tidak mahu suara tentera yang menyokong pembangkang tidak dapat dipergunakan dengan sewajarnya," keluh pemanggil berkenaan penuh kekesalan. [wm.kl 5:35 pm 05/03/08]
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Perilaku Chandra pelik
Hentam Anwar, perilaku Chandra pelik dan amat membingungkan - Wee Choo Keong
Wan Nordin Wan Yaacob
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Serangan peribadi Dr Chandra Muzaffar terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim amat tidak bertanggungjawab dan menunjukkan hilangnya integriti moral cendekiawan tempatan itu, kata veteran politik Wee Choo Keong.
Wee, yang merupakan bekas pemimpin DAP Bukit Bintang dan calon KeADILan Wangsa Maju berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Chandra dalam satu forum khas 'Pilihan Raya Umum Malaysia 2008' anjuran akhbar The Star dan Pusat Kajian Media Asia 3 Mac lalu.
Dalam forum itu, Chandra memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tidak menyokong pembangkang dan berkata, sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, rakyat mengundang 'malapetaka'.
Mengulas lanjut, Wee dalam satu laporan Suara KeADILan semalam berkata, serangan peribadi Chandra kepada Anwar bertujuan menyelamatkan air muka BN dari kritikan rakyat.
Pendirian sebenar Chandra ini dapat dibaca dalam kenyataan malam itu yang menegaskan bahawa tiada perikatan lain di negara ini selain BN, dakwa Wee.
"Serangan Chandra malam itu jelas cubaan untuk mensabotaj usaha rakyat," tegas Wee lagi.
Wee berkata, beliau amat kecewa dengan serangan peribadi Chandra terhadap pemimpin reformasi yang dimalukan dan dipenjarakan di bawah ISA pada 1998 kerana menentang pentadbiran rasuah BN.
"Dr Chandra Muzaffar tiba-tiba bertukar arah dan membenarkan dirinya dimanipulasikan oleh parti BN sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Anwar Ibrahim dan secara tidak langsung mempengaruhi rakyat Malaysia untuk tidak menyokong pembangkang," kata Wee.
"Apa yang dikatakan Chandra di forum anjuran The Star itu tidaklah mengejutkan melihat kepada rekodnya dahulu. Kata-kata seperti itu harus disimpan dalam tong sampah," tegur Wee.
Dalam forum itu Chandra menuduh Anwar sebagai seorang ektremis Islam yang anti-Hindu. Tuduhan tersebut dibuat dengan merujuk kepada insiden pertelingkahan agama antara Islam-Hindu di Kampung Rawa, Pulau Pinang, Mac 1998.
Namun begitu, selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri itu pada September 1998, Chandra menyokong Anwar dan menyertai KeADILan.
"Perilaku Chandra ini amat pelik dan membingungkan," kata Wee.
Sikap hipokrit ini kata Wee dapat dilihat dari awal penubuhan KeADILan lagi.
Menurut wee, selepas beliau dan teman-teman dipecat dari DAP, mereka memutuskan untuk menyertai KeADILan yang dilihat platform yang sesuai memerangi rasuah dan penyelewenangan kuasa.
"Namun pada ketika itu, Chandra selaku Timbalan Presiden KeADILan, mengisytiharkan semua bekas DAP dilarang dari menyertai KeADILan," jelas Wee.
"Seraya dengan itu, kami menyeru Chandra untuk terus menjadi pengkritik dalam penjara akademiknya dan berhenti dari menghina kebijaksaan orang-ramai," katanya.
Labels: Chandra Muzaffar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
'3 Abdul' hancurkan demokrasi
KENYATAAN Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, Pengerusi SPR membatalkan penggunaan dakwat khas berdasarkan laporan cartoon pihak polis, bagi PMN suatu kenyataan bodoh SPR dan penghinaan kepada sistem demokrasi Malaysia.
Detik daily
Oleh Parti Mahasiswa Negara (PMN)
Bagi PMN, laporan PDRM bahawa wujudnya pihak tertentu membeli dakwat khas tersebut di luar negara patut diragukan. Ini kerana laporan tersebut tidak absah dan tidak munasabah.
Besar sangatkah kesan buruk yang bakal melanda proses pengundian 8 Mac ini jika isu pembelian dakwat ini benar-benar berlaku? Atau sebenarnya wujud konspirasi lain dalam SPR.
PMN sendiri berasa cukup pelik dengan tindak-tanduk SPR mengeluarkan kenyataan bersama dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (KPN) dan Tan Sri Abdul Ghani Patail, Peguam Negara semalam.
Sepatutnya laporan 'keselamatan' tersebut lebih awal dikeluarkan oleh PDRM secara absah (validity). Kenyataan tersebut mungkin patut direspon oleh Abdul Ghani Patail secara nasihat berperundangan atas entiti tersendiri sebagai Peguam negara.
Manakala Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mungkin mengeluarkan kenyataan selepas meneliti laporan PDRM dan nasihat Peguam Negara.
Apakah Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak mampu atau tidak yakin pada diri sendiri dalam memutuskan keputusan semalam jika tidak diapit oleh kedua-dua individu tersebut?
Apakah kenyataan bersama ini menunjukkan kebersamaan SPR-PDRM-Peguam Negara atau lebih dilihat suatu konspirasi bersama dalam mencabuli sistem demokrasi Malaysia?
Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, sila beri penjelasan!
RASHID PEDULI UMNO/BN atau Demokrasi Rakyat?
Belakangan ini, PMN cukup meragui tindak-tanduk SPR.
Sebelum ini, banyak pihak mempertikaikan senarai daftar pemilih yang tidak BERSIH dan absah; namun Rashid tidak bimbang sebagaimana kebimbangannya semalam apabila sudah ada pihak tertentu membeli dakwat khas di luar negara.
Sebelum ini, banyak pihak berpendapat sistem undi pos tidak relevan kerana sistem ini hanya digunakan dalam negara yang sedang berperang saudara; namun Rashid tidak juga bimbang kalau-kalau sistem pengundian kita disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebelum ini, banyak pihak menegaskan UMNO/BN telah menyalahgunakan premis kerajaan dan media massa milik kerajaan dalam tempoh caretaker goverment, namun Rashid tidak bimbang dengan realiti salah yang dilakukan oleh UMNO/BN tersebut sekarang.
Bayangkan jika segala laporan-laporan kesalahan sebagaimana di atas diambil peduli dan membimbangkan Ab. Rashid Ab. Rahman sebelum ini, tentu kebimbangan beliau berhubung laporan cartoon KPN dan nasihat 'pelik' Peguam Negara semalam tidak diragui oleh rakyat Malaysia (termasuk kami PMN).
Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, sila beri penjelasan!
RASHID-MUSA-GHANI Suatu Lagenda
Bagi PMN, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail patut dianggap sebagai lagenda dalam demokrasi di Malaysia.
Nama mereka patut dipahat dalam secara pembaharuan sistem PRU12 Malaysia.
Mereka tidak patut dianggap '3 Abdul' sebagaimana dalam filem P.Ramli kerana kerjaya mereka dan ketiga-tiga ana Sadiq Sigaraga jauh berbeza.
Mereka hanya patut dianggap 3 individu yang cukup profesional dan jujur dalam melunaskan sistem demokrasi dan PRU12 Malaysia berdasarkan rekod cemerlang mereka demi memelihara status quo UMNO/BN dalam PRU12 ini.
PMN mahu melihat apa lagi tindak-tanduk SPR-KPN-Peguam Negara dalam sistem demokrasi dan PRU12 Malaysia?
Biar rakyat terus berfikir dan ragu dengan kejujuran ketiga-tiga individu tersebut selagi Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak beri penjelasan!
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments