KENYATAAN Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, Pengerusi SPR membatalkan penggunaan dakwat khas berdasarkan laporan cartoon pihak polis, bagi PMN suatu kenyataan bodoh SPR dan penghinaan kepada sistem demokrasi Malaysia.
Detik daily
Oleh Parti Mahasiswa Negara (PMN)
Bagi PMN, laporan PDRM bahawa wujudnya pihak tertentu membeli dakwat khas tersebut di luar negara patut diragukan. Ini kerana laporan tersebut tidak absah dan tidak munasabah.
Besar sangatkah kesan buruk yang bakal melanda proses pengundian 8 Mac ini jika isu pembelian dakwat ini benar-benar berlaku? Atau sebenarnya wujud konspirasi lain dalam SPR.
PMN sendiri berasa cukup pelik dengan tindak-tanduk SPR mengeluarkan kenyataan bersama dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (KPN) dan Tan Sri Abdul Ghani Patail, Peguam Negara semalam.
Sepatutnya laporan 'keselamatan' tersebut lebih awal dikeluarkan oleh PDRM secara absah (validity). Kenyataan tersebut mungkin patut direspon oleh Abdul Ghani Patail secara nasihat berperundangan atas entiti tersendiri sebagai Peguam negara.
Manakala Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mungkin mengeluarkan kenyataan selepas meneliti laporan PDRM dan nasihat Peguam Negara.
Apakah Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak mampu atau tidak yakin pada diri sendiri dalam memutuskan keputusan semalam jika tidak diapit oleh kedua-dua individu tersebut?
Apakah kenyataan bersama ini menunjukkan kebersamaan SPR-PDRM-Peguam Negara atau lebih dilihat suatu konspirasi bersama dalam mencabuli sistem demokrasi Malaysia?
Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, sila beri penjelasan!
RASHID PEDULI UMNO/BN atau Demokrasi Rakyat?
Belakangan ini, PMN cukup meragui tindak-tanduk SPR.
Sebelum ini, banyak pihak mempertikaikan senarai daftar pemilih yang tidak BERSIH dan absah; namun Rashid tidak bimbang sebagaimana kebimbangannya semalam apabila sudah ada pihak tertentu membeli dakwat khas di luar negara.
Sebelum ini, banyak pihak berpendapat sistem undi pos tidak relevan kerana sistem ini hanya digunakan dalam negara yang sedang berperang saudara; namun Rashid tidak juga bimbang kalau-kalau sistem pengundian kita disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebelum ini, banyak pihak menegaskan UMNO/BN telah menyalahgunakan premis kerajaan dan media massa milik kerajaan dalam tempoh caretaker goverment, namun Rashid tidak bimbang dengan realiti salah yang dilakukan oleh UMNO/BN tersebut sekarang.
Bayangkan jika segala laporan-laporan kesalahan sebagaimana di atas diambil peduli dan membimbangkan Ab. Rashid Ab. Rahman sebelum ini, tentu kebimbangan beliau berhubung laporan cartoon KPN dan nasihat 'pelik' Peguam Negara semalam tidak diragui oleh rakyat Malaysia (termasuk kami PMN).
Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, sila beri penjelasan!
RASHID-MUSA-GHANI Suatu Lagenda
Bagi PMN, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail patut dianggap sebagai lagenda dalam demokrasi di Malaysia.
Nama mereka patut dipahat dalam secara pembaharuan sistem PRU12 Malaysia.
Mereka tidak patut dianggap '3 Abdul' sebagaimana dalam filem P.Ramli kerana kerjaya mereka dan ketiga-tiga ana Sadiq Sigaraga jauh berbeza.
Mereka hanya patut dianggap 3 individu yang cukup profesional dan jujur dalam melunaskan sistem demokrasi dan PRU12 Malaysia berdasarkan rekod cemerlang mereka demi memelihara status quo UMNO/BN dalam PRU12 ini.
PMN mahu melihat apa lagi tindak-tanduk SPR-KPN-Peguam Negara dalam sistem demokrasi dan PRU12 Malaysia?
Biar rakyat terus berfikir dan ragu dengan kejujuran ketiga-tiga individu tersebut selagi Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak beri penjelasan!
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment