KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 6, 2008

1 JUTA HARAKAH PERCUMA ELAK SABOTAJ

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Akhbar Harakah akan dicetak sebanyak 1 juta naskhah dan akan diedarkan secara percuma kepada rakyat di seluruh negara esok.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar yang menyatakan hal tersebut adalah kesan daripada reaksi takut dan cemas pihak Umno-BN terhadap laporan yang disiarkan pada muka surat belakang keluaran terbaru akhbar itu.

Image "Kenyataan Tun Dr Mahathir yang disiarkan Harakah telah menimbulkan reaksi yang menakutkan pihak Umno-BN sehingga memaksa mereka bertindak membeli akhbar tersebut secara luar biasa di seluruh negara.

"Pendapat Tun saya umpamakan boleh menjadi tsunami kepada senario politik tanah air, sebab itu Umno-BN jadi begitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau mendapat maklumat daripada banyak pihak mengenai masalah kesukaran mendapatkan akhbar tersebut di merata tempat termasuklah di kawasannya iaitu pekan Pokok Sena, Kedah.

"Kita dapat mengesan bahawa pihak yang membeli Harakah adalah orang Umno secara pukal di kedai-kedai. Bahkan saya mendapat maklumat daripada seorang peniaga Harakah yang didatangi orang Umno-BN yang berhasrat membeli kesemua akhbar yang dijualnya, tetapi beliau enggan menjualkannya," katanya.

Menceritakan situasi yang berlaku, Mahfuz berkata ia sesuatu yang pelik apabila akhbar tersebut habis dijual menjelang jam 10.00 atau 11.00 pagi kerana ia tidak pernah terjadi.

Berdasarkan maklumat yang diterima Harakahdaily, banyak pelanggan Harakah mengadu sukar mendapatkan akhbar tersebut di beberapa tempat seperti di utara, selatan, barat dan tengah semenanjung Malaysia lalu mengesyaki sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

"Saya percaya ia adalah disebabkan oleh kenyataan Tun Mahathir tersebut memandangkan beliau yang berpengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mendakwa rekod Abdullah Ahmad Badawi sebagai terburuk ekoran kegagalan pentadbiran negara sepanjang empat tahun lalu," ujarnya.

Bahkan ujarnya, isu-isu yang dimuatkan Harakah juga dipercayai boleh mempengaruhi pengundi khususnya isu yang gagal dijelaskan oleh media tajaan Umno-BN pada pilihan raya 8 Mac ini.

"Sudahlah media arus perdana dilacurkan, SPR diperkudakan, kini mereka kian terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja," katanya lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive