Dalam pemerhatiannya, penyelaras Mafrel bagi wilayah utara, BK Ong mendapati semua anggota tentera dan polis dikehendaki mengisi satu borang pengisytiharan berasingan yang mengandungi butiran nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi, sebelum mereka membuang undi.
Setiap pengundi diperlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan tersebut ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi.
Bila memeriksa sampul surat tersebut, borang pengisytiharan tersebut akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan siapa yang mereka undi.
"Kerahsian undi adalah antara prinsip asasi dalam proses demokrasi. Ia tidak boleh dikompromi," kata Ong.
Mafrel mendapati 'pencemaran' proses pengundian itu ketika memantau pengundian undi pos di kem tentera Bukit Gedung di Bayan Lepas dan di ibupejabat polis daerah Timur Laut di Georgetown.
Bagi pertamakalinya, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi akreditasi kepada Mafrel untuk menjadi pemerhati pilihanraya umum ke-12.
Suruhanjaya tersebut membenarkan hanya 333 sukarelawan Mafrel menjadi pemerhati rasmi di pusat pengundian kali ini. Akreditasi itu membuahkan hasil apabila sepasukan empat sukarelawan yang diketuai oleh Ong, membuat penemuan tersebut.
"Kita tidak tahu sama ada SPR, pegawai pois atau tentera di belakang pengenalan borang pengisytihran tersebut. Tetapi isu yang paling penting ialah pengundian dan kerahsian undi telah dikompromi. Ini adalah satu kesalahan pilihanraya," tegasnya.
Kekurangan penguatkuasaan undang-undang pilihanraya oleh SPR, telah mengkompromi kerahsian undi seseorang itu dan mempermainkan proses demokrasi di negara ini, kata Ong.
Timbul kebimbangan
Di bawah peruntukan mengikut Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.
"Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman setahun penjara atau didenda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
Selama ini, sering timbul keraguan mengenai proses pengundian pos untuk anggota polis dan tentera.
Negara ini mempunyai 220,000 undi pos.
Pendedahan Mafrel hari ini nampaknya telah mengesahkan kebimbangan bahawa undi polis telah dimanipulasikan dan kerahsian undi telah dikompromi.
"Borang pengisytiharan identiti itu menimbulkan kebimbangan di kalangan anggota polis dan tentera yang mahu mengundi calon pilihan mereka," kata Ong.
Di samping itu, proses pengundian bagi anggota tentera dan polis pula dikendalikan sendiri oleh pegawai mereka.
Walaupun pegawai SPR dan ejen yang dilantik yang mesti mengendalikan proses pengundian, Ong terkejut kerana mereka tidak ada sewaktu pengundian pos diadakan di balai polis dan pangkalan tentera.
"Tidak ada pegawai SPR dan para ejen," dakwanya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment