KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 6, 2008

PILIHANRAYA MALAYSIA SATU CERITA LAWAK

TI-M: Pilihanraya jadi 'bahan lawak'
Malaysiakini

ramon navaratnamSistem pilihanraya di Malaysia boleh menjadi "bahan lawak" di peringkat antarabangsa jika kecacatan ketaranya tidak diperbaiki, kata presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Tan Sri Ramon V. Navaratnam.

Dalam kenyataannya hari ini, Ramon berkata beliau mengetahui secara peribadi beberapa kes pengundi muda yang nama mereka dihapuskan daripada daftar pemilih dengan alasan "telah meninggal dunia."

"Sebenarnya, saya sendiri tahu bahawa mereka semua masih hidup!" katanya, mengulas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di sebuah media asing bulan lalu.

"Jika anda mahu pilihanraya yang bebas dan adil ... anda mesti mempunyai kuasa untuk meratakan padang persaingan," Abdul Rashid dipetik sebagai berkata.

"Tanpa kuasa itu, maka keseluruhan sistem boleh ditertawakan orang," tambahnya.

"Dalam sesuatu pilihanraya anda harus mewujudkan keadaan yang dinamakan pilihan (pengundi) berasaskan maklumat. Itulah prinsipnya.

ec announce polling date 140208 ballot box 2"Orang ramai mesti tahu siapa yang bertanding, jadi publisiti mesti diberikan kepada semua pihak, bukan hanya sebelah pihak. Dan memang wujud media yang melaporkan sebelah pihak sahaja."

Sambil menyatakan sokongannya pada kenyataan Abdul Rashid itu, Ramon berkata keputusan suruhanjaya membatalkan penggunaan dakwat kekal malangnya hanya menambahkan lagi tanggapan umum bahawa pilihanraya 8 Mac ini sekadar "bahawa ketawa".

"Alasan SPR pula tidak begitu meyakinkan," katanya.

Dakwaan badan pemantau Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) bahawa wujud nama-nama pemilih yang dibenarkan mengundi beberapa kali (ada dakwaan sebanyak 40 kali) di banyak tempat menjejaskan lagi kewibawaan SPR, kata Ramon.

Beliau menggesa dakwaan-dakwaan ini disiasat segera untuk memulihkan kredibiliti sistem pilihanraya.

Ramon juga menyokong saranan Abdul Rashid agar sistem perundangan disemak untuk mewujudkan peraturan yang sama adil untuk semua calon dan parti bertanding.

TI-M kini memantau perbelanjaan parti-parti bertanding, termasuk kos iklan di media cetak dan elektronik.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive