05 Mac 2008
darigaunghati
Timbalan Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Bukit Tajau, Kamarudin Osman 42, bersama 25 pengikutnya meninggalkan Umno dan mengistharkan diri menyertai PAS dihadapan Timbalan Ketua Pemuda PAS, yang juga calon PAS bagi kerusi (P. 86), Parlimen Maran, ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.
Bercakap kepada Harakahdaily, Kamaluddin berkata, hasrat untuk menyertai PAS sudah lama terpendam setelah sekian lama bersama Umno sehingga menjadi Timbalan Ketua Pemuda Umno cawangan.
“Saya tinggalkan Umno kerana keinsafan sendiri, tiada siapa yang mempengaruhi saya untuk meninggalkan parti itu,” katanya.
Beliau yang juga anak peneroka di situ berkata, keyakinanya terhadap Umno mula goyah ketika mempengerusikan acara hiburan sempena majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan beberapa tahun lalu.
Pada majlis yang dihadiri sama ahli Dewan Undangan (Adun) Luit, Dato’ Ahmad Muanwar Abd Jalil itu menampilkan penyanyi dangdut dari Indonesia.
“Pada masa itu saya terfikir kenapa dan mengapa penganjur membawa penyanyi Indonesia dalam majlis kemerdekaan, saya merasakan tidak wajar tetapi kehadiran penyanyi itu diurus dan dipersetujui Adun berkenaan.
“Dari situ saya terfikr ada sesuatu yang tidak kena dengan Adun berkenaan lebih-lebih beliau pernah ke Indonesia menyertai rombongan Adun berkenaan ke Medan, katanya.
Menurutnya, sebagai pemimpin Umno anak peneroka disitu, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup malah, beliau merasakan mereka tidak mempunyai masa depan yang cerah apabila hasrat untuk memiliki tanah dan rumah tidak kesampaian kerana tiada usaha pihak berkuasa untuk membelanya.
Difaham anak-anak peneroka ini pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lot tanah tetapi hampa akhirnya.
Beliau menceritakan, kini semakin ramai anak-anak peneroka seusia denganya tinggal menyewa didalam tanah rancangan Felda atau masih bergantung hidup dengan ibu bapa.
“permohonan untuk menjadi peneroka sudah tertutup rapat kerana semua lot kosong telah diurus oleh Felda Plantations yang membawa pekerja asing.ia menutup ruang kepada generasi kedua mendapatkan pekerjaan.
“Begitu juga peluang pekerjaan lain hatta sebagai penoreh getah juga telah diisi oleh buruh Indnonesia,” katanya.
Masa depan generasi kedua berhadapan dengan kesukaran. Selain itu kemudahan untuk belia semakin dikesampingkan sehingga tempat untuk golongan belia beriadah juga semakin diabaikan oleh Felda.
“Padan bola sepak dan lain-lain kemudahan sukan terabai menyebabkan beliau tededah kepada anasir tidak sihat,” katanya.
Kamaludin berjanji akan berjuang bersama PAS dan akan mengadakan lebih banyak pertemuan dengan golongan senasib denganya untuk memperjaungkan hak sebagai generasi kedua Felda.
Turut hadir pada majlis itu ialah calon PAS N.24 Ustazah Azizah Khatib Mat dan calon KeAdilan N 25 Kuala Sentul, Bistamin Bakar.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment