KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 6, 2008

AWAS !!! PAS SEDIA SAMBUT PENGUNDI HANTU

PAS sedia sambut pengundi hantu, kata Mustapa Ali
SiasahDaily
Khamis, 06 Mac 2008

PARA petugas PAS sudah bersiap sedia untuk menyambut apa yang dinamakan pengundi hantu ke negeri ini menjelang pilihan raya ke 12 ini, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali.


Kenyataan yang serupa juga telah diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menasihatkan mereka agar jangan datang ke Terengganu kali ini kerana "petugas PAS sudah bersedia menantinya".

Menurut Mustafa, ada sekitar 85,000 pengundi hantu yang bakal datang ke Terengganu dan Kelantan dalam pilihan raya umum kali ini.

Dalam pada itu, Mustafa mengingatkan, PAS tidak membenarkan sebarang perarakan bermotosikal dilakukan di negeri itu dan jika ada itu bukan kerja penyokong PAS.

"Para petugas diarahkan supaya menghentikan mana-mana pihak yang menggunakan bendera PAS untuk berarak dalam pilihan raya kali ini," kata Mustafa.

Beliau difahamkan, ada pihak-pihak tertentu yang mendapat upah untuk berarak menggunakan bendera PAS dan akan membuat kacau.

Pihak TV pula dikatakan akan menyiarkan aksi itu untuk menunjukkan betapa tidak senonohnya penyokong PAS.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive