Mohd Sabri Said
harakahdaily
BALING, 6 Mac (Hrkh) - Cubaan membunuh calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Baling, Dato' Azeez Abdul Rahim pukul 4.00 petang tadi di Pekan Kuala Pegang, Baling berkemungkinan perancangan untuk memburuk-burukan PAS setelah masyarakat Tionghua di situ dilihat lebih berminat memberi undi pada PAS dan Barisan Alternatif (BA) kali ini.
Harakahdaily yang kebetulan mengadakan tinjauan di parlimen tersebut bergegas ke lokasi dan mendapati pihak polis dan Cawangan Khas (SB) begitu ramai berada di hadapan pejabat MCA serta di kedai kopi tempat berlakunya tembakan yang tidak mengenai sasaran itu.
Baru-baru ini calon PAS Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudin Mohd Taib disambut meriah masyarakat Tionghua ketika mengadakan lawatan termasuk ke kedai kopi sekitar Kuala Pegang.
Tetapi, selang beberapa hari kemudian Dato' Azeez juga berbuat demikian bersalaman dengan pengundi dari keturunan Tionghua di lokasi yang sama namun beliau menerima tamparan hebat dicaci dan diherdik dengan kata-kata pedas.
Kemungkinan trajedi petang tadi sengaja digerakkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada BN dengan mengangap PAS atau pembangkang sebuah parti yang suka menganjurkan keganasan.
Satu lagi tangapan sebilangan masyarakat setempat kemungkinan beliau diburu oleh individu tertentu yang sengaja menunggu masa kerana beliau terkenal di Kuala Lumpur sebagai salah seorang yang bersikap samseng. - mns
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment