KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 21, 2008

Johan Jaafar engkar arahan PM sambung kontrak Firdaus?

harakahdaily - Isu-isu panas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semenjak tahun 2005 hingga kini masih belum padam. Perkara-perkara yang berbangkit seperti kemandulan, kegelapan dan keterpinggiran DBP tersebut bermula semenjak Dato' Johan Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP mengganti Tan Sri Kamarul Ariffin pada tahun 2005.

Johan terlalu banyak mencampuri urusan pengurusan di DBP yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau kerana tugas pengurusan di DBP berada di bawah arahan Ketua Pengarah DBP.

Jika beberapa waktu yang lalu sewaktu Dato' Rahim Bakar dan Kamarul Arifin menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP sangat teguh dan aman damai kerana Pengerusi Lembaga Pengelola waktu itu berjalan di atas landasan Akta DBP 903 yang betul.

Tetapi setelah Pengerusi Lembaga Pengelola DBP bertukar tangan kepada Johan, beliau mulai membuat onar dengan pelbagai kerenahnya dan membelakangkan peraturan-peraturan yang sepatutnya dipatuhi.

Beliau bukan sahaja mencampuri urusan pengurusan DBP, sebaliknya membelakangkan pihak pengurusan DBP dalam beberapa perkara. Contoh yang nyata iaitu mengenai pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang sehingga kini belum tampak jalan penyelesaiannya.... selanjutnya.

Gabungan mahasiswa dakwa UKM bukan lagi tempat selamat

harakahdaily - [...] Begitulah ungkapan yang timbul apabila Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di beberapa buah IPTA akhir-akhir ini.

Kes terbaru berlaku semalam, 19 Jun, dalam satu kejadian rompakan di UKM.

Menurut sumber, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB Bank.

Ia seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) pada 28 Januari tahun lalu.

Dalam kes tersebut, sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai geng Deva mengaku bersalah merompak wang tunai bernilai RM2.19 juta daripada pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang di Kompleks Perdana Siswa UM.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di UKM perlu dipertingkatkan lagi.

Menurut jurucakapnya, Ahmad Ali Abdullah, kes-kes tersebut adalah merupakan antara kes-kes lain yang berlaku di UKM sejak kebelakangan ini, selain kes samun, orang minyak dan curi motorsikal yang kerap kali berlaku di UKM.... selanjutnya.

Rosmah at murder scene

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - "It's mindboggling!" - That's how Raja Petra Kamarudin's statutory declaration alleging that Deputy Prime Minister Najib's wife was at the murder scene of Mongolian national Altantuya Shaariibuu was described today.
An aide to Najib Abdul Razak also said they were aware of this latest claim made by Raja Petra, who also runs the 'Malaysia Today' website.

"At the moment, we are looking into it. This is a very mind-boggling statutory declaration," said the aide when contacted.

The latest allegation hurled at Rosmah Mansor was made by well-known blogger Raja Petra Kamarudin via a statutory declaration (below) signed at the Kuala Lumpur High Court on Wednesday.

The aide however refused to comment if any action could be taken against Raja Petra.

rosmah mansor najib wife 261004Najib and Rosmah (left) have repeatedly denied they are linked to the killing of Altantuya, describing the widely-known allegations was nothing more than ‘slander and concocted stories’.

In his latest bombshell, Raja Petra accused Rosmah as among three individuals who were present when Altantuya was murdered on October 19, 2006.

"I have been reliably informed that between about 10pm on October 19, 2006 and early hours of the following day, the night Altantuya Shaariibuu was murdered, three other people were also present at the scene of crime," he said, according to his two-page statutory declaration.

He named the two other individuals as one acting colonel Aziz Buyong, who is described as ‘a C4 expert’ and the latter’s wife, known only as Norhayati, who is also said to be Rosmah’s aide de camp.

‘A crime not to reveal’

Altantuya’s body is alleged to have been blown up with C4 explosives at a secondary forest in Puncak Alam, Shah Alam. The murder trial is currently ongoing at the Shah Alam High Court.

"My informer states that Aziz was the person who placed the C4 on various parts of Altantuya’s body witnessed by Rosmah and Norhayati," Raja Petra claimed in the document.... selanjutnya.

Siapa Menteri Jumpa Anwar di Singapura?

msomelayu - [...] SEBUAH berita yang masih terbungkus dan menjadi misteri, seorang menteri Kabinet telah menemui Anwar Ibrahim di Singapura beberapa minggu lepas.

Apa yang dibincangkan tidak diketahui tetapi pertemuan antara kedua mereka yang merupakah sahabat baik tentu ada rahsia tersendiri.

Anwar telah pun mendedahkan pertemuan berkenaan tetapi tidak menyebut secara jelas.

Anwar hanya membayangkan seorang menteri Kabinet dan ramai yang mempunyai telahan ianya adalah dari MCA.

Tidak! Menteri yang dikatakan menemui Anwar itu bukan dari MCA tetapi dari Umno.

Seorang ahli korporat yang turut berada di Singapura ketika itu dalam rangka mengajurkan satu sesi temu press (sidang akhbar) Anwar dengan para ahli perdagangan dunia mengesahkan akan pertemuan berkenaan.... selanjutnya.

Cikgu Fariz Musa Di Tahan Polis

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/fariz.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, ditahan polis jam 3.15 petang, hari ini, semasa menjawab beberapa soalan dari pihak media di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.

Sebelum itu beliau bersama rakan-rakannya telah berucap di masjid Ladang, sebelum beralih ke Dataran Shahbandar dalam himpunan aman membantah kenaikkan harga minyak.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/amkdemo.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Himpunan di kedua-dua tempat tersebut dihadiri lebih ramai pihak polis yang berpakaian ‘preman’ yang turut ‘standby’ dan bersolat Jumaat di masjid Ladang.

AMK yang berhimpun hari ini membuat beberapa tuntutan kepada kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri Terengganu antaranya adalah menunutut kerajaan Malaysia menurunkan harga Petrol dan Diesel kerana Malaysia adalah diantara negara pengeluar minyak.

Selain itu AMK mendesak supaya kerajaan negeri Terengganu tidak menarik balik saman tuntutan berkaitan royalti minyak, terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana bimbang pengembalian royalti minyak yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memenuhi hak rakyat Terengganu.... selanjutnya.

“Dengan Nama Allah, saya tidak boleh membantu manusia bernama ‘Anwar Ibrahim’” kata Ezam

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/ceramahezam2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Gambar : Ezam, dua dari kanan di atas pentas, berdiri 'petah' menyanyikan lagu UMNO)

buletinonline - Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Noor mengatakan tindakan beliau menyertai UMNO bukan ‘masuk UMNO’ kerana beliau tidak ‘pernah keluar’ dari UMNO. tetapi beliau berkata beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata beliau telah dipecat dari UMNO sepuluh tahun lalu oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (ketika itu) kerana beliau mempersoalkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang memukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh sehingga mata Anwar menjadi lebam.

”Saya menulis surat dari Singapura dan menandatangani surat tersebut sebagai Timbalan Ketua Bahagian Petaling Jaya Utara, sebab itu saya saya dipecat dari UMNO,” kata beliau dalam ceramah ‘Mengapa Saya Tinggalkan PKR’ yang dianjurkan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, disini kelmarin.

Ezam mengatakan beliau menyertai UMNO kerana beliau nampak perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO terhadap usaha untuk memerangi rasuah dengan menggubal satu dasar memberikan kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).... selanjutnya.

Minyak: Protes PKR S'gor gagal

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudinmalaysiakini - Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.

Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam menunjukkan tiada sesiapa hadir, manakala di sebuah masjid di Ampang, hanya empat orang kelihatan mengangkat sepanduk bantahan.

Berbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, bantahan pergerakan muda PKR disertai tidak sampai 100 orang.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.... selanjutnya.

NoumnO - nak bagi komen sikit kat PKR ni...kalau nak cerita pasal ceramah dan perhimpunan, kena belajar dengan PAS. Kalau anjuran PAS, manusia berduyun duyun orang datang. Kena belajar FORMULAnya. Kena ingat jugak, negeri di bawah Pakatan Rakyat...maka PAKATAN lah dia. Tak perlu buat sendiri sendiri, kang kena kutuk pulak bila tak der sambutan.

2,000 ketua cawangan Umno Johor jumpa PM

malaysiakini - Kira-kira 2,000 ketua cawangan di Johor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama dua hari, mulai esok.

Majlis bersama pemimpin itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Johor mempunyai bahagian terbanyak - 26 bahagian - dengan 2,013 cawangan dan jumlah ahli teramai - 446,189 orang.

Beberapa pemimpin bahagian Umno di Johor ketika dihubungi mengesahkan pertemuan tersebut dibuat atas jemputan Abdullah yang juga presiden Umno.

Pemerhati politk melihatnya sebagai satu perkembangan yang menarik kerana pertemuan itu diadakan kira-kira sebulan daripada tarikh mesyuarat cawangan bermula pada 17 Julai depan.

Johor adalah antara negeri yang dianggap 'bergolak' selepas Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.... selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [20 - June-2008/Jumaat]

Usul undi tidak percaya tidak dapat jatuhkan PM [utusmeloya]
BPR mula siasat kes Pos Malaysia [bhairan]
Pengacara ditahan didakwa larikan anak [kosmo]
Kes saman Anuar Zain Oktober [kosmo]
Tok Mat kena angin ahmar ringan [kosmo]
Speaker berhak tolak usul SAPP [utusmeloya]
Air Sungai Mississippi mula melimpahi tebing [utusmeloya]
Mukhriz tentang tindakan SAPP [utusmeloya]

Posting terkini

Blog Archive