KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

Azean perlukan lagi RM118,000

klpos

AZEAN melihat cek sumbangan LZS dengan dilihat oleh Ahmad Shahir (kanan) di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Pelakon 'air mata', Azean Irdawaty masih memerlukan RM118,000 bagi membiayai kos rawatan susulan penyakit barah yang dihidapinya.

Menurut Azean atau yang mesra dengan panggilan 'Kak Yan', rawatan tersebut amat diperlukannya untuk mengelakkan baki sel barah yang masih tinggal dari merebak semula.

"Akak kena ambil suntikan vaksin Herceptin tiga minggu sekali selama setahun, masalahnya akak tak mampu sebab kosnya mahal," kata Azean yang ditemui di rumahnya di sini semalam.

Jelasnya, kos untuk setiap kali suntikan mencecah RM10,000 kerana bekalan vaksin perlu diimport.

"Harap ada yang sudi bantu, dah lapan bulan akak tak bekerja mana ada duit nak bayar harga ubat," ujarnya.

Beliau juga kecewa dengan sikap sesetengah yayasan yang tidak memberikan maklum balas, walaupun sudah memohon untuk mendapatkan bantuan.

Namun semalam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diwakili oleh Pengurus Besarnya, Ahmad Shahir Makhtar tampil untuk menghulurkan sumbangan berjumlah RM30,000.

Menurut Ahmad, sumbangan itu dihulurkan sebagai menghargai sumbangan Azean yang juga seorang pembayar zakat di Selangor.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada pelakon tersebut, boleh menghubungi talian 014-6628280.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive