KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

Polis nafi sebaran SMS

Berita Hairan

PETALING JAYA: Polis semalam menegaskan desas desus kononnya Sharlinie Mohd Nashar, 5, ditemui mati yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak kelmarin, adalah tidak benar dan meminta orang ramai supaya jangan mempercayainya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang menyebarkan maklumat palsu menggunakan SMS mengenai nasib kanak-kanak itu.

“Hentikan sebarang penyebaran maklumat palsu dan tolong hormati perasaan keluarga Sharlinie,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai penyebaran maklumat palsu yang diterima orang ramai sejak kelmarin melalui SMS kononnya Sharlinie menjadi mangsa pemujaan pengamal ilmu hitam dan mayatnya sudah ditemui.

Antara lain, khabar angin itu mengenai penemuan mayat Sharlinie di Ulu Yam, dekat Gombak yang mula tersebar malam Rabu lalu, sehingga wartawan turut ke tempat berkenaan, tetapi hampa walaupun menunggu hingga lewat malam.

Khabar angin itu terus tersebar melalui panggilan telefon dan SMS bahawa polis sedang membuat ujian DNA bagi mengesahkan penemuan mayat dengan identiti Sharlinie.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive