KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

BN mula cemas, media arus perdana tidak dipercayai lagi


Intan Abdullah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri; atau meludah ke langit, akhirnya terkena ke batang hidung sendiri, kerajaan akhirnya terpaksa akui betapa maklumat di media arus perdana tidak ada kredibiliti lagi.

Menyedari pilihan raya berada di pinggir waktu yang menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri,Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin tanpa pilihan lain terpaksa mengakui secara terbuka betapa kini kerajaan sendiri mula meragui untuk mempercayai isi kandungan maklumat dan berita daripada media arus perdana.

Terbaru, Kementerian Penerangan telah menubuhkan Pusat Rujukan Maklumat Sahih (Sahih) yang menurut Bernama, berperanan bagi menangani penyebaran maklumat palsu, khususnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Penubuhan Sahih oleh Kementerian Penerangan yang akan beroperasi 1 Februari ini membuktikan maklumat yang disebarkan oleh media arus perdana selama ini adalah tidak tepat dan tidak sahih.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyatakan kewujudan Sahih yang dikendalikan Zainuddin menjelaskan lagi keraguan kerajaan Umno-BN terhadap media mereka sendiri.

"Setiap minit dan saat, Umno-BN mampu untuk mengawal penyaluran maklumat menerusi media mereka. Apa yang mengelirukan saya, adakah Sahih ini bukti Umno-BN meragui maklumat daripada media arus perdana ini?" ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, Umno-BN sekarang ini berada dalam keadaan cemas bagi memastikan sumber maklumat yang diperolehi benar-benar sahih.

"Ini satu lagi bukti bahawa selama ini media arus perdana telah memutar belitkan fakta yang benar sehingga ia tidak lagi dipercayai rakyat sehingga mereka (Umno-BN) terpaksa mengajak rakyat supaya percaya kepada Sahih sahaja," katanya.

Namun, beliau sangsi dengan penubuhan Sahih yang didakwanya merupakan satu strategi terancang Umno-BN bagi menghadapi pembangkang dalam pilihan raya tidak lama lagi.

"Saya rasa, Sahih bukanlah pusat untuk mensahihkan maklumat tersebut, sebaliknya adalah tempat untuk memanipulasi serta mengeksploitasi maklumat mengenai pembangkang," katanya lagi.

Bahkan ujarnya lagi, Sahih mungkin merupakan alasan Umno-BN untuk mengawal serta mengongkong kebebasan laporan yang dibuat dalam tempoh masa pilihan raya nanti.

"Mereka kini seperti takut dengan bayang-bayang mereka sendiri," ringkasnya.

Dalam satu sidang media yang dibuat di Angkasapuri baru-baru ini, Zainuddin menjelaskan bahaawa pusat Sahih akan menggunakan empat mekanisme iaitu hotline, e-mel serta SMS DAPAT, menghantar secara `broadcast', menghantar secara `cell broadcast' dan langganan maklumat sahih.

Menerusi mekanisme hotline, e-mel dan SMS DAPAT, orang ramai boleh menghubungi Pusat Sahih melalui nombor telefon 03-22843114 (beroperasi waktu pejabat dan 24 jam apabila Parlimen bubar), faksimili 03-22822979, e-mel di alamat sahih@kempen.gov.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan SMS di alamat SAHIH_mesej (dan hantar ke) DAPAT (32728).

Zainuddin berkata panggilan telefon dan e-mel akan dikendalikan oleh pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Maklumat Strategik Kementerian Penerangan yang telah dilatih.

Katanya semua SMS itu akan terus disalurkan oleh DAPAT ke Pusat Sahih untuk tujuan pengesahan.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menggunakan pusat itu bagi mendapat pengesahan terhadap sebarang maklumat atau SMS meragukan selain bagi membolehkan kementeriannya mengambil tindakan sewajarnya.

Orang ramai juga boleh melaporkan sumber-sumber penyebaran maklumat palsu untuk perhatian kerajaan menggunakan SMS yang disediakan secara percuma ini, katanya.

Beliau berkata menerusi mekanisme penghantaran secara 'broadcast', Pusat Sahih akan menghantar maklumat secara pakej kepada semua pengguna telefon manakala SMS berdasarkan kriteria tertentu contohnya berdasarkan kawasan seperti Petaling Jaya pula akan dihantar melalui mekanisme menghantar secara 'cell broadcast'.

Zainuddin berkata orang ramai juga boleh melanggan kesemua maklumat yang dikeluarkan menerusi Pusat Sahih dari semasa ke semasa.

Beliau berkata penyebaran maklumat yang tidak diketahui kesahihannya adakalanya tidak akan memberi impak yang serius, tetapi ada juga yang mampu menimbulkan masalah dan kekecohan di kalangan masyarakat.

Namun, Zainuddin tetap menafikan pusat itu ditubuhkan semata-mata untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Penerangan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat berkualiti," katanya.

Zainuddin berkata penyebaran maklumat palsu dijangka meningkat menjelang pilihan raya umum kali ini. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive