KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

Bangunan Umno di Tasek Gelugor perlu dirobohkan

Mohd Sabri Said
Harakahdaily

TASEK GELUGOR, 22 Jan (Hrkh) - Barangkali ramai tidak tahu bangunan pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor yang terletak di persimpangan ke Kubang Menerong dan Tasek Gelugor dibina atas tanah hak milik kerajaan.

Ini bermakna ia mesti dirobohkan kerana Umno cuba menjadikan tanah kerajaan sebagai hak peribadi parti kononnya mereka salah satu komponen Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara.

Walaupun negara kini sudah menjangkau 50 tahun kemerdekaan namun kepimpinan Umno bahagian masih tidak bijak menilai yang mana bangunan milik parti atau sebaliknya.

Sebelum dibangunkan bangunan terbabit kawasan berkenaan merupakan kuarters kerajaan untuk Pejabat Haiwan.

Waktu itu, ramai pihak menyangka ia akan dibangunkan untuk kepentingan Pejabat Haiwan tetapi yang anehnya terbina bangunan berlambangkan keris.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive