KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

CARI SHARLINIE JUMPA PENDATANG ASING

Cari di rumah kongsi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
hmetro

PETALING JAYA: Kanak-kanak hilang dicari, namun yang ditemui ialah sekumpulan pendatang asing tanpa izin yang bersembunyi di rumah kongsi dalam operasi khas bagi mengesan Sharlinie Mohd Nashar, 5, awal pagi semalam.

Dalam gerakan bermula jam 5 pagi itu, daripada 79 yang ditahan seramai 33 warga asing didapati masuk secara haram, berjaya diberkas selepas tempat tinggal mereka digeledah.

Operasi dijalankan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertindak menyerbu dan memeriksa kawasan rumah kongsi pekerja asing di PJS 3, kira-kira empat kilometer dari rumah mangsa di Taman Medan, dekat sini.

No2umnO - Pendatang asing yang datang tanpa permit memang cukup banyak. Pokok pangkalnya pihak berkuasa yang mahu menangkap atau tidak. Ada juga yang ditangkap tetapi dilepaskan kerana rasuah. Semuanya berlaku kerana pertukaran wang dan maruah antara pesalah dan pihak berkuasa. Ini semua biasa la...di Malaysia semua boleh.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive