KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

JOM PROTES BIARPUN TANPA PERMIT


Protes akan adakan perhimpunan 26 Jan ini tanpa permit
Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barang (Protes) memutuskan untuk tidak memohon permit bagi menganjurkan perhimpunan aman yang dijadualkan di KLCC, 26 Januari ini.

Keputusan tersebut selaras dengan hak yang terkandung dalam Perkara 10, Fasal 1 (2) Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa 'semua warga negara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.'

Penyelaras Protes, Dr Mohd Hatta Ramli, dalam kenyataan medianya hari ini berkata, keputusan itu juga berasaskan kepada cadangan dan sokongan Suhakam yang mengatakan tidak perlu mendapatkan permit bagi membuat perhimpunan aman, serta mencadangkan Seksyen 27, Akta Polis dimansuhkan.

Hatta turut berkata pihak penganjur akan memastikan perhimpunan itu bermula dan berakhir dengan aman, tanpa sebarang kejadian buruk seperti 'Bloody Sunday' yang berlaku pada 2006 dan mengharapkan kerjasama pihak polis pada program tersebut.

"Kita turut mendapatkan khidmat Unit Amal PAS, sebagaimana yang digunakan ketika perhimpunan Bersih tahun lalu bagi memastikan perhimpunan itu nanti berjalan dalam suasana yang aman dan tidak berakhir di Bukit Aman," tegas beliau, berseloroh.

Beliau yang juga Bendahari PAS, berkata perhimpunan itu diadakan sebagai langkah menyatakan rasa kebimbangan dan menggambarkan keperitan rakyat yang semakin terhimpit ekoran kenaikan harga barang dan kemungkinan kenaikan harga minyak.

Beliau turut mengatakan bahawa pihaknya akan memaklumkan kepada Suhakam dan Majlis Peguam berhubung perhimpunan berkenaan.

Menurut Hatta, perhimpunan aman yang diadakan pada jam 3 petang itu akan memuatkan pelbagai program, antaranya ucapan daripada wakil parti-parti pembangkang, dan wakil NGO. Selain itu juga, satu sketsa akan dipersembahkan oleh sekumpulan anak seni - menjurus ke arah isu kenaikan harga barangan yang semakin menekan kehidupan rakyat terbanyak.

Sementara itu, AJK Protes, S. Arutchelvan, berkata perhimpunan kali ini adalah langkah proaktif dari Protes memandangkan ia dilakukan sebelum kebimbangan rakyat berlaku.

"Sebelum ini, kita protes bila harga sudah naik. Kita dapat respons, kenapa protes bila sudah naik? Jadi, kali ini sebelum harga minyak dan harga barang-barang lain naik, kita ambil keputusan untuk protes sekarang," tegas beliau yang menganggarkan kehadiran orang ramai sebanyak 3000 orang.

Mengulas lanjut berkenaan permit, Aru mendakwa pihak polis sudah mempunyai 'standard template' untuk menolak permohonan permit daripada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan.

Sebagai contoh, katanya permohonan permit oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akhir tahun lalu, ditolak dengan beberapa alasan, di mana alasan itu juga akan digunakan pihak polis untuk menolak permit bagi perhimpunan aman lain.

Justeru, Protes menyeru semua rakyat yang terbeban dan bimbang dengan kemungkinan kenaikan harga minyak agar turun beramai-ramai menyuarakan rasa bimbang dan tidak puas hati rakyat, Sabtu ini.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pengerusi Penaja Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim, dan wakil KeADILan serta NGO dijangka turut serta dalam perhimpunan tersebut. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive