KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

Benarkah Lingam bodohkan prosiding?


Abdul Halim Mohd Rashid
Harakahdaily

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pita Lingam hari ini memberi amaran kepada peguam yang mewakili VK Thirunama, Wee Choo Keong supaya supaya berhati-hati ketika memberikan kenyataan kepada media.

Thirunama ialah adik Datuk VK Lingam.

"Kami menasihatkan anda supaya berhati-hati mengenai apa yang anda katakan. Kami harap anda menghormati kami dan tidak sewenang-wenangnya membuat andaian. Jangan paksa kami mengambil tindakan," kata Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor

"Terdapat banyak orang di luar mahkamah dan berlaku kekecohan di situ, saya tidak ingat membuat kenyataan itu kerana terdapat banyak orang di luar sana," jawab Wee yang juga membangkitkan tentang laporan media yang menyatakan suruhanjaya itu agak membimbangkan.

Mendengar jawapan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang itu, Haidar mencelah dengan menyoal Wee mengenai sama ada beliau mempunyai sebarang bukti mengenai perkara itu dan meminta beliau (Wee) membuktikan perkara itu kepada suruhanjaya.

"Jangan remehkan suruhanjaya," kata Haidar.

Haidar meminta pihaknya dihormati dan jangan diremehkan. Siapa yang berani meremehkan suruhanjaya itu? Tetapi, takkan Wee sahaja diberi amaran? Kesalahan Wee hanya kerana kenyataan akhbar yang beliau sendiri tidak pasti mengenainya.

Wee tidak memperbodohkan suruhanjaya itu. Bagaimana pula dengan Lingam? Ahirudin Attan (http://rockybru.blogspot.com) berkata, suruhanjaya tersebut "tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Lingam yang cuba memperbodohkan prosiding".

Mengapa Ahirudin menganggap Lingam memperbodohkan prosiding? Amat menarik apa yang cuba dibangkitkan oleh blogger Mofie (http://blog.mofie.net).

Lingam berkata: "Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain".

Beliau juga dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai berkata, beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.

Lingam yang mengakui "tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi" itu juga berkata: "Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tetapi pastinya saya bukan bercakap dengan Tun Ahmad Fairuz (Sheikh Abdul Halim, Hakim Besar Malaya ketika itu) kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak pernah ada nombor telefon saya. Sehingga inipun, beliau tidak pernah menelefon saya dan saya tidak pernah menelefon beliau".

Persoalannya, jika benar Lingam "trying to make a fool of the proceeding" seperti yang dikatakan oleh Ahirudin, mengapa tidak ada sebarang tindakan? Atau, sekurang-kurangnya amaran. Paling lemah pun merayu dan memohon kepada Lingam supaya "jangan meremehkan suruhanjaya" itu.

Jika benar Lingam cuba memperbodohkan prosiding, siapa sebenarnya yang diperbodohkan? Peguam yang bertanya atau suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar?

Jika benar suruhanjaya itu boleh diperbodohkan, mungkin orang akan bertanya adakah suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar bodoh?

Jika benar suruhanjaya itu bodoh, siapakah yang melantik suruhanjaya itu? Bukankah orang yang dilihat melantik suruhanjaya itu ialah Perdana Menteri sendiri? Benarkah Perdana Menteri bodoh? Dan, mengapa semakin ramai rakyat yang menyifatkan Perdana Menteri bodoh?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive