KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

Dollah kena belajar kutuk diri sendiri


Malaysia Kutuk Sekatan Israel Di Gaza

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia mengutuk sekatan yang dikenakan Israel dan penutupan semua jalan menyeberangi sempadan antara Israel dan wilayah Palestin di Gaza.

"Sekatan itu memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudahpun meruncing di kawasan itu dan ini akan mencetuskan bencana kemanusiaan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), menggesa masyarakat antarabangsa mendesak Israel menarik balik sekatan dengan segera dan menamatkan penderitaan rakyat di Gaza.

Malaysia juga menggesa setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengadakan sesi persidangan terbuka Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan anggota-anggota lain badan dunia itu menyertai perdebatan mengenai situasi yang meruncing di Gaza, katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Sambil menegaskan bahawa tindakan Yahudi itu melanggar undang-undang antarabangsa, Abdullah berkata: "Penderaan secara kolektif ke atas penduduk awam Gaza yang tidak bersalah tidak dapat diterima dalam apa jua keadaan".

Ketika menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak mendapatkan bekalan makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan, perdana menteri berkata tindakan tidak berperi kemanusiaan oleh Israel itu akan memburukkan lagi keadaan hidup rakyat Palestin.

Tel Aviv memberi alasan sekatannya ke atas Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan roket kumpulan militan minggu lepas.

Pada Isnin, Israel memutus meringankan sekatan, dengan menyatakan ia akan membenarkan bekalan makanan dan bahan bakar untuk sehari, selepas PBB memberi amaran bantuan makanan antarabangsa ke wilayah yang mengalami kesulitan itu mungkin digantung menjelang hujung minggu ini.

No2umno - Dollah kritik Israel? Pengerusi OIC memberikan kenyataan yang selalu nya terlewat. Sebelum ini tidak bercedit walau sedikit pun, tapi setelah seminggu sekatang dibuat dan rakyat Palestine bergelap kerana tiada bekalan minyak, kini dengan hebatnya Dollah bersuara. Dengar atau tidak dengar, kita tak tahu. Tapi kalau bercerita tentang sekatan, Dollah sepatutnya perlu belajar untuk kritik diri sendiri. Kenapa sekat bantuan kepada kerajaan negeri Kelantan? Macam cakap dengan cermin aje.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive