KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

PENDATANG TERPEDAYA DENGAN KEMAJUAN MALAYSIA

Ditanya bagaimana mesyuarat MT berlarutan lebih tiga jam, sedangkan isu pilihan raya tidak dibincangkan, Najib berkata: "Ya, mereka suka bercakap." Ini lah realitinya pemimpin malaysia. Bukan setakat MT malah Menteri dan Kerajaan juga. Pemimpin kerjanya asyik bercakap. Keluar dewan semua lupa. Kerja tak buat, cakap memanjang.

Pendatang pun sekarang sudah tahu keadaan di malaysia. Tidak seindah yang diperkata oleh kerjaan. Mereka tidak tahu bahawa Kerajaan Malaysia dan Pemimpin di dalangi oleh makhluk penipu dan pembohong. Macam berjaya tetapi sengsara. Yang kaya mereka, yang miskin rakyat. Kononnya nak tumpang senang, rupanya baju pun tak larat nak beli. Kerja tiada, menganggur akhirnya. Pembangunan olok olok Kerajaan malaysia telah berjaya menipu bangsa asing untuk datang ke Malaysia.
Kosmo

KUALA LUMPUR – Ketika kerajaan dikatakan bersedia untuk mengurangkan jumlah pekerja asing secara berperingkat-peringkat mulai tahun depan, lain pula halnya dengan gambaran yang berlaku di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di sini semalam.

Ini kerana, bilangan warga asing yang baru tiba nampaknya bukan menyusut malah semakin bertambah apabila setiap hari ada saja kelibat warga Bangladesh ‘sesak’ berurusan di pejabat berkenaan.

Malah situasi di pekarangan pejabat berkenaan menceritakan segalanya apabila dipenuhi dengan ramai warga Bangladesh yang hadir untuk menyelesaikan pelbagai urusan termasuk mereka yang ditipu ejen, ditindas majikan dan pelbagai lagi.

Malah lebih menyedihkan, kelibat mereka ini ‘menyakitkan mata memandang’ kerana turut membawa budaya di negara mereka ke sini termasuk berkain pelekat di tempat umum.

Keadaan ini sekali gus mengundang persoalan adakah usaha untuk mengurangkan pekerja warga asing di negara ini akan berhasil?

Kelmarin, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan hasrat untuk mengurangkan bilangan pekerja asing kira-kira 200,000 orang iaitu daripada 2.02 juta orang kepada 1.8 juta mulai tahun depan.

Seorang warga Bangladesh, Ali Majid, 35, yang bersahaja memakai kain pelekat ketika berurusan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh memberitahu, dia menyesal datang ke negara ini kerana tidak mendapat pekerjaan seperti yang dijanjikan.

“Sekarang ni, nak beli makanan pun tak ada wang, inikan pula nak beli sehelai seluar.”

Ali yang baru tinggal di negara ini selama dua bulan berkata, dia dan rakan-rakan tiada pilihan melainkan merayu bantuan pejabat pesuruhjaya untuk menyelesaikan masalahnya.

“Sebenarnya masih ramai kawan saya yang akan datang ke sini kerana tertarik tawaran kerja di Malaysia tetapi tidak semuanya bernasib baik. Saya rasa ada yang tidak kena tentang urusan kemasukan kami ini,” jelas beliau.

Tinjauan KOSMO! mendapati, suasana di luar Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Jalan Ampang bagaikan berada di negara itu berikutan hampir kesemua warganya yang berurusan di situ hanya memakai kain pelekat.

Sementara itu rakannya, Nurul Haqu Yakubal Yacob Ali, 45, pula memberitahu, majikan tempatnya bekerja tidak membayar gaji seperti yang dijanjikan.

“Bekerja di negara ini tidak semudah yang disangka dan bergantung kepada nasib, dapat tempat yang baik, baik la tetapi nasib saya mungkin kurang baik.

“Sekarang ni, nak beli seluar pun tak boleh, pakai kain pelekat saja,” ujar beliau.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive