KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 6, 2008

ENTAHLAH

sahrunizamat

2) Yuran tambahan- Sebelum sekolah dibuka dan selepas sekolah hanya baru dibuka beberapa hari, media khususnya sebuah stesen tv ranking paling atas di negara ini telah berjaya bertindak sebagai penghasut.

Antara yang termakan dengan hasutan ini ialah orang paling penting yang menjaga tentang hal ehwal sekolah. Pelbagai tohmahan dan anggapan liar ditujukan kepada pihak pentadbiran sekolah yang dikatakan mengenakan pelbagai bayaran dari bayaran masuk tandas dan tuala wanita hinggalah bayaran yuran kecemerlangan yang nilainya tidak menjangkau hingga ke angka ribuan ringgit bagi setiap pelajar.

Malahan jarang sekalipun ynag menjangkau stengah ribuan pun. Tetapi hebohnya mengalahkan esok hendak kiamat. Ibu bapa melenting apabila diasak oleh soalan- soalan provokosi pihak wartawan. Kesatuan Guru melatah, pihak PIBG peringkat nasional merepek dan yang paling lucu, aneh dan pelik orang nombor wahid menjaga hal ehwal sekolah turut gelabah dan tergagap-gagap di hadapan lensa tv.

Segalanya celaru. Yang terkini inbu bapa yang telah membayar tetapi tidak berpuas hati boleh menuntut balik bayaran. Saya pasti orang nombor satu itu pasti tidak tahu yang akan pening kepala ialah pihak sekolah,yang sebenarnya membuat kutipan tersebut atas arahan pihak yang lebih tinggi. Bayangkan selepas ini, ibu bapa akan berduyun-duyun memenuhi kawasan sekolah untuk menuntut kembali wang yuran yang telah dibayar.

Guru- guru akan dibebani dengan satu tugas tambahan. Bukan lagi memungut yuran tetapi mengembalikan yuran. Apa yang saya lihat dalam isu ini, ibu bapa bukannya tidak berkemampuan, malahan mereka sanggup berhabis- habisan membeli telefon genggam model terkini, kereta mewah, sport rim baru, barang barang kemas dan alat solek yang jauh lebih mahal harganya, tetapi apabila terpaksa membayar yuran demi kecemerlangan pendidikan anak- anak mereka bising. Tukang hasutnya media. Orang yang berkuasa mulai gelabah. Yang penting dalam kepala otak mereka ialah UNDI.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive