KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 6, 2008

AHLI UMNO SAYU DIBANTU OLEH PAS


Menitis Airmata Dengan Pertolongan PAS
darigaunghati.blogspot

Seorang ahli Umno, Yang Hassan 50, (gambar) menitiskan air mata menerima pertolongan ahli PAS, Unit Amal dan penduduk kampung yang berganding bahu bergotong royong (gambar) membetulkan rumahnya yang dihanyutkan arus banjir.

Mak Chik Yang, seorang ibu tunggal dari kampung Nyak, Cenur tidak menyangka ahli PAS sanggup membantunya wal hal dia adalah aktivis Umno di kampung itu. Malah, dirumahnya terdapat bendera Umno / BN menandakan dia adalah penyokong umno tulin.

Difahamkan pasukan Unit Amal, ahli PAS dan penduduk kampung sama-sama berganding mahu mengangkat rumah mangsa ke kedudukan asal.

Selain itu, muslimat PAS juga turut membantu membersih pinggan mangkuk yang dibaluti lumpur banjir kepunyaan Mak Chik Yang.

Dalam kejadian banjir 10 December lalu, rumah mangsa dinaiki air sehingga keparas bumbung menyebabkan semua barangan termasuk peralatan menjahit kepunyaan mangsa rosak.

Mak Chik Yang mencari nafkah sebagai tukang jahit secara kecil-kecilan dan kini semua peralatan jahit menjahitnya telah musnah.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak memilih bulu membantu mangsa.

“Pertolongan kami adalah ikhlas membantu mangsa seperti yang dialami oleh Mak Chik Yang ini,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive