KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 6, 2008

Khairy Jamalluddin Dan Eli Cohen

sangkelembai2006

Perancangan asalnya memanglah di rencana untuk menjadikan isu Hindraf sebagai titik tolak warganegara berbangsa Melayu sama ada yang dalam UMNO, orang Melayu atas pagar dan kalau boleh orang-orang Melayu dalam PAS-Parti Islam Se Malaysia memberikan sokongan kepada “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang sedang menurun tangga kepopularannya semenjak tiga tahun dia mengamalkan rasuah, kroni dan nepotisme.

Tetapi perancangan itu tidak menepati apa yang rancangan, bila mana orang India yang tak tahu apa-apa dalam Hindraf tidak melakukan apa-apa tindakan dalam masa perhimpunan seperti mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang-orang Melayu dan bertambah aneh lagi, bila terdapat orang-orang India yang menggunakan jalan tikus di kampung baru ke Jalan Ampang, bila semua jalan ke pejabat Suruhanjaya Tinggi British ditutup tanpa diganggu oleh orang Melayu.

Harapan orang yang merancang ialah akan ada rusuhan kaum yang berlaku, itu sebab sejumlah 4 ribu anggota Polis ditempatkan di Kuala Lumpur pada 25hb November 2006 dan Polis juga digunakan untuk membuat panik dengan sekatan-sekatanya dan kemudian ditambah lagi dengan beberapa SMS hasutan yang dikirimkan kepada orang-orang Melayu. Di mana dijanjikan oleh Polis akan membuat siasatan siapa penyabarnya tetapi sehingga kini seperti kata setengah budak-budak Mat Rempit.. habuk pun tak daa, orang yang ditangkap atau di siasat oleh Polis.

Kedua tujuan orang yang hendak melahirkan suasana tegang dan menjadikan kambing hitam Hindraf ialah untuk memalukan atau menyingkirkan Samy Vellu sebagai Presiden MIC dan pemimpin orang India .

Kenapa Samy Vellu hendak disingkirkan? Itu satu soalan yang baik. Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri pernah mengatakan dia tidak boleh membuang Samy Vellu berdasarkan andaian dia seorang perasuah. Inikan pula “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang mana isu-isu rasuahnya dari jam bini yang berharga RM145 ribu membawalah kepada beberapa kepentingan anak dan dan menantunya dalam perniagaan di Malaysia dan sehingga hari ini anak menantunya tidak pernah disabitkan atas tuduhan salah laku dalam akta BAFIA-Bank anda Finance Industry Act dalam isu ICM LIBRA. Belum lagi termasuk pendedahan blog terhadap harta pembantunya yang bernama “Badak”tu.

Sebabnya ialah kerana satu-satunya menteri yang tidak mengikut arahan Khairy Jamalluddin ialah Samy Vellu sendiri dan sebab itulah satu anak syarikat perbadanan Menteri Kewangan diwujudkan untuk mengambil alih tugas-tugas kiraan anggaran pembinaan dan seterusnya menawarkan projek kerajaan khasnya projek-projek Polis dan syarikat itu dinamakan BLT-Pembinaan BLT Sdn Berhad.

Semua orang tahu bahawa kesemua projek BLT yang ditawarkan sama ada secara kontrak terbuka atau rundingan terus diterima oleh BLT dengan harga dua kali lipat dari harga asal. Jika BPR ada telor… pergilah siasat akan harga-harga kontrak yang ditawarkan dan kepada siapa ditawarkan. Kesimpulannya BLT hanya satu syarikat bagi menghalalkan wang kerajaan diberi kepada kroni. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive