KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 1, 2008

Jangan beri ruang kepada pemimpin yang MELAMPAU


dipetik: ntbn
Media arus terus bersifat berta sebelah. Menghebahkan apa yang pemimpin cakap dan tidak mendengar apa pandangan rakyat. Sejarah telah di putar belit mengikut rentak yang digemari oleh kerajaan. Maka semua yang baik itu datangnya dari Kerajaan, yang jahat itu datang dari rakyat.

Jangan beri ruang kepada golongan pelampau, kata Abdullah, begitulah tajuk berita yang disiarkan oleh MStar. Kita ambil beberapa potong ayat yang diragui niat dan maksudnya, seperti berikut,

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat supaya tidak memberi sedikitpun ruang kepada golongan pelampau untuk mempengaruhi dan jauh sekali menentukan agenda negara bagi mengelak Malaysia daripada terjebak dalam kancah huruhara.

"Kita sendiri telah menyaksikan pelbagai musibah dan bencana yang menimpa negaranegara lain akibat daripada amalan kebebasan bersuara yang tiada had, kononnya dianggap mutlak," katanya.

"Marilah kita bersamasama berganding bahu untuk mempertahankan keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati ini. Sekiranya ada kekurangan dalam pelaksanaan, marilah kita bersama memperkukuhkan dengan jujur dan ikhlas, demi Malaysia yang tercinta," katanya.

"Mana yang keruh, samasama kita buangkan, supaya yang jernih dapat kita nikmati. Mana yang berat, kita pikul; mana yang ringan, kita jinjing. Semuanya kita lakukan bersama. Kepada Tuhan kita pohon petunjuk dan rahmat serta berkat."
Jika musibah yang dimaksudkan adalah kejadian di Pakistan, maka kita perlu kaji apakah sebabnya sehingga ianya berlaku sebegitu. Adakah kerana rakyat yang bebas mengeluarkan pendapat atau kerajaan Pakistan terus menyekat kebebasan bersuara? Untuk menakut nakutkan pembangkang, maka kerajaan Pakistan terpaksa melakukan perkara yang tidak berperi kemanusiaan. Kita tidak tahu siapa yang bersalah di dalam hal itu tetapi kematian Banazir Bhutto jelas memberikan ruang kepada Musharraf untuk terus memerintah setelah musuhnya semua mati.

Melihatkan kepada Pakistan yang kini lumpuh kerana rakyat yang kecewa dengan sikap kerajaan, seharusnya diambil iktibar oleh Dollah agar jangan sesekali bersikap seperti Musharraf yang menutup ruang demokrasi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

Walau apa pun yang dilkatakan Dollah, rakyat tetap dengan pendirian untuk menolak kerajaan yang ada sekarang kerana rakyat sudah tidak boleh berharap untuk diberikan peluang oleh kerajaan lagi. Ekonomi sudah teruk, hampir semua barangan naik harga dan perkara yang sekecil Yuran Sekolah pun masih lagi tidak mampu diselesaikan.

Di akhir katanya, Dollah Badawi cuba memujuk rakyat agar membuang yang keruh ambil yang jernih. Bermaksud lupakah pengkhianatan yang pemimpin lakukan sebelum ini dan bina hidup baru? Kalau itu lah yang dimaksudkan, sesukar pemimpin mengubah perangai dan pendirian, begitu lah juga rakyat Malaysia. Kami tidak akan merubah pendirian untuk menolak kerajaan kerana banyak yang buruk dari yang baik.

Kalau dahulu Dollah pernah berkata, "bekerja dengan saya", hari ini Dollah berkata, "Semuanya kita lakukan bersama". Maksudnya masih serupa, penipuannya masih sama. Makanya, Kita tolak Dollah Badawi tahun ini !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive