KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 1, 2008

Malaysia Akan Lebih Bankrap Bawah Pemerintahan BN

votepkr

dipetik: angkatanmuda

Sebermula 1 Januari 2008, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menjangkakan bahawa harga minyak akan dinaikkan pada bila-bila masa, dan secara tidak langsung berakhirlah jaminan kerajaan Umno-BN untuk tidak menaikkan harga petrol.

Serangan Umno-BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghambur pembangkang kononnya negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia membuktikan bahawa ada perancangan Umno-BN untuk menaikkan harga minyak.

AMK melihat bahawa isu negara akan bankrap ini sama sekali tidak akan timbul sekiranya ada pengurusan kewangan yang cekap dan amanah dapat dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN.

Sebelum ini, harga minyak dinaikkan sehingga 30 sen, tertinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak negara yang kononnya boleh membawa kepada penjimatan RM4.4 billion yang boleh disalurkan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam negara dan pembangunan nasional. Tetapi sehingga kini, tidak ada satu pun projek penambahbaikan yang dipulangkan kepada rakyat secara langsung.

Tanpa sebarang hujah analitikal, Najib seolah-olah buta bahawa pembelian Sukhoi Su-30MK sebanyak RM3.2 billion, pembelian kapal selam Scorpene RM530 juta, pembatalan Jambatan Indah sebanyak RM237 juta, penganjuran Monsoon Cup di Terengganu yang memakan ratusan juta ringgit, dan skandal Prot Klang Free Zone (PKFZ) yang memakan belanja RM4.681 bilion demi menyelamatkan projek yang gagal, akan lebih membangkrapkan negara berbanding menurunkan harga minyak demi kepentingan semua rakyat Malaysia. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive