KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

Keningau, pusat judi sabung ayam terbesar di dunia?

malaysia-today.

“Selepas dapat IC, BN kasi, saya tidak takut lagi dan boleh kawan dengan polis. Kalau dulu, takut kerana tiada IC,” ujar Rajak yang berasal dari Tawi-Tawi, Selatan Filipina dan mengakui mendapat kad pengenalan projek yang ditaja UMNO Sabah sekitar 1992.

Rajak memelihara lebih 100 ekor ayam sabung baka baik dan menjadi tempat peminat ayam sabung mendapatkan ‘jaguh’ mereka kerana ayam peliharaan Rajak gagah, garang dan dipercayai diberikan vitamin secukupnya dan disuntik steroid.

Setelah mencuba lebih lima kali, akhirnya Rajak bersetuju menyusup masuk dua krew Malaysia Today yang menyamar sebagai peminat ayam sabung setelah membeli seekor ayamnya yang berharga RM2,200 untuk bersabung di gelanggang sabung ayam terbesar di dunia ini yang dihalalkan Polis di-Raja Malaysia (PDRM), kerana dijaga oleh seorang polis berpangkat ASP dan dua orang sarjan dan seorang lanskopral (nama tidak dikenali kerana mereka berkawal di tempat rahsia).

“Kita tidak kisah bayar 20 persen wang kemenangan kita. Yang penting boleh sabung dan tidak ada orang kacau. Jauh sikit tidak apa,” ujar Gabriel Pascua yang datang dari Sandakan semata-mata untuk menyabung ayam.

Gabriel antara 200 orang peminat ayam sabung dan berbelanja sekurang-kurangnya RM3,000 seminggu atau jika hari kelepasan am mencecah RM10,000.

“Memang adat judi. Ada masa kita menang banyak. Ada masa kita rugi besar. Tapi selama ini saya jarang kalah,” ujar Gabriel yang turut mengikuti acara Sabung Ayam di Gelanggang Taman Tshun Ngen, Sandakan dan Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Ketika perlawanan pada hari minggu tersebut, sejumlah RM570,000 telah dipertaruhkan melalui lebih 20 perlawanan dengan purata satu pusingan RM30,000. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive