KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

Pembangkang mahu pulihkan negara, Najib semakin dangkal

"Hari ini, parti pembangkang di Amerika Syarikat mendapat sokongan begitu meluas kerana dasar-dasar zalim regim George W Bush. Mereka mahu mengundi pembangkang untuk kebaikan. Suatu ketika dahulu di rantau ini, rakyat menjatuhkan Suharto dan tentera menjatuhkan Takhsin Sinawatra dengan tujuan untuk kebaikan kepada negara. Mereka bukan menggadai masa depan," katanya.

Nyza Ayob
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh)- Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa sekiranya rakyat mengundi pembangkang akan menggadai masa depan negara adalah satu kenyataan yang silap bagi seorang pemimpin.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang menganggap sebarang perubahan yang dibuat oleh rakyat tidak akan menjejaskan negara,bahkan perubahan ini bertujuan menambahkan kebaikan kepada rakyat dan negara setelah sekian lama di perintah

Salahuddin dalam kenyataanya kepada Harakahdaily menegaskan, untuk lebih berjaya dan mencapai sesuatu yang lebih bermakna perlukan perubahan. Sehubungan itu beliau berpandangan mengundi pembangkang adalah satu cara rakyat mencari perubahan.

Dengan memberi contoh hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, apabila kerajaan Mekah yang dikuasai oleh orang Quraisy menolak Islam, jelas Salahuddin hijrah tersebut merupakan satu bentuk perubahan untuk kebaikan, bukannya menggadai masa depan.

Katanya, rakyat harus melihat situasi di Malaysia hari ini untuk melakukan perubahan. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive