KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

Penulis lirik Loloq meninggal dunia

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

PETALING JAYA: Penulis lirik popular Rosli Khamis atau Loloq, 50 disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan koma akibat pendarahan dalam otak pada jam 1.37 petang tadi di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur.

Semalam, Allahyarham dikatakan berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di otaknya.

Sebelum itu, Allahyarham dilaporkan koma dan telah dimasukkan ke hospital sejak 6 pagi pada Ahad lalu.

Allahyarham Loloq pernah bekerjasama dengan antaranya penulis lirik, komposer dan penyanyi M.Nasir melalui lagu Andalusia, Dewi (Hattan), dan Aladin (Spider).

Anak kelahiran Singapura ini juga pernah berlakon dalam filem Embun, Sara, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang termasuk menulis skrip bagi filem Orang Minyak dan Aduh Saliha.

Menurut penulis lirik Habsah Hassan, Allahyarham merupakan seorang yang kelihatan periang dan tidak serius namun sebaliknya apabila Allahyarham menulis.

"Allahyarham merupakan seorang yang unik dan sukar difahami. Selepas Allahyarham telah tiada, rasa kehilangan seseorang yang aktif dalam industri. Beliau bukan sahaja aktif tetapi banyak idea. Kita memang perlukan seseorang sepertinya," kata Habsah.

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki merasa terharu dan sedih apabila mendengar berita tersebut.

"Allahyarham merupakan figura yang sangat penting dalam industri muzik dan hiburan.

"Saya rasa pemergian Loloq akan menyebabkan kita kehilangan seseorang yang telah banyak memberi sumbangan kepada industri ini. Namanya begitu besar bagi setiap orang yang mengenalinya.

"Sebagai pengarah filem, saya rasa terkilan kerana tidak sempat mengambil beliau berlakon dalam filem arahan saya," ujar Afdlin yang popular dengan filem Cuci di pawagam sekarang.

Jenazah dalam perjalanan ke Masjid Al-Ikhwan, Sungai Buloh sebelum dikebumikan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Hariah Yaacob dan tiga orang anak.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive