KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

KHAIRY BERKEMPEN DI SEKOLAH


KHAIRY DIBIDAS PERGUNAKAN SEKOLAH UNTUK BERKEMPEN
Jasindaily
Zaili Muhammad

MELAKA, 29 Jan (Hrkh) - Umno yang semakin terdesak untuk menjelaskan kepada rakyat berkenaan pelbagai isu yang melanda negara sejak akhir-akhir ini begitu rakus mempergunakan pelbagai kemudahan awam untuk menjalankan kempen pilihan raya mereka.

Terbaru, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, tanpa rasa bersalah mempergunakan dewan sekolah ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya serta Gerak Gempur Pemuda Barisan Nasional peringkat Parlimen Jasin di Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin, di sini, sabtu lalu.

Menurut Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Baihaqi Ismail, tindakan yang dilakukan Khairy itu amat bertentangan sekali dengan prinsip parti mereka dan melanggar peraturan kerana mempergunakan sekolah yakni kemudahan awam bagi menjalankan program parti.

"Ini mengambarkan betapa hipokritnya para pemimpin Umno yang berterusan membuli rakyat, kalau kena pada parti mereka semuanya boleh, guna sekolah lah, balai raya termasuklah masjid.

"Tetapi dalam masa sama mereka menafikan hak parti dari Barisan Alternatif melaksanakan aktiviti atau program yang bertujuan menyampaikan pendapat kepada orang ramai seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara," kata beliau.

Sambil menambah, beliau menyifatkan Umno sekarang ini seperti orang yang hampir mati lemas yang terpaksa berpaut dengan apa sahaja bagi meneruskan kesinambungan kuasa mereka walaupun ianya melanggar undang-undang negara.

Umno Melaka sebelum ini telah menggunakan balai raya di sekitar Melaka bagi menjalankan 'pilihan raya olok-olok' untuk menguji sejauh mana kekuatan mereka dan sebagai salah satu srategi kempen pilihan raya.

Manakala lebih kurang beberapa minggu lepas hampir seluruh masjid di negeri Melaka telah diarahkan membaca teks khutbah yang menghentam 'demonstrasi aman' iaitu merujuk kepada demonstrasi 'Bersih' sebelum ini.

Antara lain isi kandungannya ialah mengajak orang ramai supaya tidak menyokong tindakan berdemonstrasi kerana menurut Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) iaitu pihak yang mengeluarkan teks tersebut ianya tidak sesuai dan bertentangan cara Islam.

Sebaliknya perlulah menggunakan saluran yang sah di dalam negara sekiranya ingin menyatakan bantahan atau bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah supaya kestabilan negara dapat dikekalkan

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive