KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

Malangnya Malaysia ada profesor macam Fadzil Che Din!

detikdaily.

Surat Pembaca Oleh Pelajar Baru UM

Tak pelik bila anggota Parlimen Umno macam Dato' Mohamad Aziz Sri Gading merepek dalam rancangan Hujah TV9 malam tadi. Memang dah perangai dia macam itu, dalam sidang Parlimen pun dia melalut tak ketahuan punca. Maka bila diberi peluang dalam TV9, berlebih-lebihanlah merapunya itu.

Cuma yang saya pelik bin ajaib apabila seorang bergelar profesor pasikologi yang mahu mengampu BN bercakap "bengap" dengan mengatakan negara langsung tak perlukan pembangkang dan kita mesti ikut Singapura yang dikenali ramai sebagai kerajaan yang menekan suara pembangkang.

Namun Profesor Dr Mohd Fadzil Che Din boleh dipuji kerana keberaniannya untuk menunjukkan belang sebenarnya, sehingga menganggap pilihan raya umum sebagai gangguan besar kepada kehidupan rakyat. Malah dia boleh bersetuju kempen yang sedia pendek ini, iaitu tidak sampai lapan hari, dipendekkan lagi, kerana ia langsung tidak menguntungkan rakyat. Kenapalah ada seorang profesor seumpama itu dalam negara ini, yang bercakap tak lebih daripada taraf ahli JKKK sahaja. Kasihan saya tengok cara beliau berhujah.

Rujuklah berita Harakahdaily ini:

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Dua orang ahli panel program Hujah TV9 malam tadi (29 Januari) menjadikan program debat tersebut sebagai platform mengutarakan hujah-hujah 'kartun' dan tersasar. More....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive