KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

Projek kuari tanah merah Bukit Palang: Penduduk lapor BPR

Jika JAS baru tahu hal ini sambungnya, bagaimana boleh seorang pegawai yang bertanggungjawab terhadap daerah di sini memberitahu projek berkenaan telah diluluskan pada 2003 lagi dan permit mengeluarkan tanah dibolehkan pada Januari 2008.

"JAS sendiri hairan macam mana isu ini boleh terjadi sedangkan pihaknya juga wajar menilai adakah ia mendapatkan kesan pada manusia atau eko sistem alam sekitar," jelasnya.

Selain BPR seorang penduduk, Abu Rahim Embi membuat lapuran polis di Balai Polis Serdang pada 28 Januari lepas.

Mohd Sabri Said
.harakahdaily

SERDANG, KEDAH, 30 Jan (Hrkh) - Penduduk Kampung Padang, Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu, Kedah mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sungai Petani menyiasat bagaimana kebenaran diperolehi oleh Pegawai Tadbir Tanah Kulim Bandar Baharu sehingga membolehkan pengusaha kuari tanah merah di Bukit Palang dilaksanakan sedangkan jawapan dari Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cawangan Kulim, Mohd Helmi Ahmad mendakwa aktiviti pengorekan tanah yang dijalankan di situ tidak sesuai.

Semuanya terbukti semasa pertemuan antara penduduk dan pegawai berkenaan pada 23 Disember 2007. Manakala surat daripada JAS dikeluarkan pada 15 Januari 2008.


Aktivis masyarakat, Dr. Abdullah Muda ketika mengetuai rombongan ke BPR semalam berkata, pandangan JAS itu membuktikan mereka baru mengetahui isu ini apabila meminta dipanjangkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu sebagai tindakan lanjut mengikut mana-mana peruntukan di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Daerah. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive