KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 27, 2008

Lebih 100 bantah, gesa bebaskan 46 peserta Protes

Azamin Amin
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Lebih 100 orang terdiri daripada aktivis dan pemimpin politik berkumpul menyatakan bantahan terhadap penahanan 46 peserta Protes di Balai Polis Jalan Hang Tuah (dulu dikenali sebagai Penjara Pudu) sejak tengah hari tadi.

Walaupun telah berhimpun hampir lima jam, namun mereka masih tidak berganjak.Selain menggesa kesemuanya dibebaskan, mereka hadir bagi menyatakan sokongan dan memberi semangat kepada tahanan.

Kelihatan pelbagai sepanduk antara tertulis 'bebaskan tahanan' turut dinaikkan dan laungan 'Allahuakbar' dan 'Reformasi'turut berkumandang. Turut menarik perhatian, bunyian 'honk' oleh beberapa pemandu kenderaan seperti bas ekspress dan kereta yang melalui Jalan Hang Tuah sebagai tanda sokongan ke atas himpunan tersebut.

Himpunan yang berjalan secara aman itu, turut di pantau oleh sepasukan polis yang terdiri daripada Unit FRU, polis peronda dan polis cawangan khas (SB).

Turut hadir menyatakan bantahan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Annuar Tahir, Ketua Wanita KeADILan Zuraida Kamaruddin Dr Ahli Majlis Tertinggi KeADILan), Badrul Hisham Shaharin dan Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)Syed Ibrahim Syed Noh.

Hadir sama ialah beberapa peguam yang mewakili tahanan seperti Peguam PAS, Hanipa Maidin, Ameer Hamzah dan peguam Edmund Bon.Sehingga kini hanya seorang remaja berusia 16 tahun dan wanita berketurunan India yang dibebaskan dengan jaminan polis dengan alasan beliau sedang mengandung.

Menurut Badrul yang telah mendapat maklumat daripada dua peguam terbabit, kira-kira jam 3.30 petang tadi hanya seorang sahaja sedang dibicarakan di hadapan majistret untuk menentukan pembebasan mereka ataupun dilanjutkan tahanan reman manakala 45 yang lain sedang menunggu giliran masing-masing.

Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, Setiausaha Muslimat Aiman Athirah dan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.

Turut ditahan ialah penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun termasuk enam orang yang merupakan anggota Unit Amal Wangsa Maju.

Kesemua mereka yang ditangkap berikutan satu perhimpunan aman yang bakal diadakan oleh Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun difahamkan mereka ditahan sebelum berlakunya perhimpunan tersebut malah ada antaranya yang ditangkap ketika diarahkan bersurai oleh pihak polis.

Rata-rata aktivis yang hadir membayangkan bahawa kesemua tahanan ini bakal direman untuk tempoh tertentu bagi tujuan 'menakutkan' dan memberi isyarat tegas kepada orang ramai agar tidak lagi menyertai himpunan khususnya yang membabitkan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil pada 23 Februari ini.

Ada juga spekulasi menyatakan bahawa tahanan kemungkinan akan dibebaskan pada keesokan hari (Isnin).- Az

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive