KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 27, 2008

Menteri Pengajian Tinggi Yang Kurang Tinggi Pengajiannya

kalami-artikelpilihan

(...) Tidak membenarkan pelajar-pelajar IPT untuk terlibat dengan aktiviti politik, tetapi membenarkan mereka mengundi semasa pilihanraya. Apa yang Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ini faham dengan politik? Adakah hanya dengan melibatkan diri dengan parti-parti politik itu baru dikira aktif dalam aktiviti politik? Adakah dengan mengundi itu atau terlibat dengan pengundian dalam pilihanraya umum itu bukan dari aktiviti politik?

Ini belum lagi sebut tentang demokrasi, bebas untuk memilih dan berpendapat. Manusia itu ada akal fikiran dan pegangan. Mereka berhak membuat pilihan samada itu atau ini. Walaupun kadang-kadang pilihan mereka bukan dari neraca timbangan yang betul, atau sememangnya benar, ianya tetap berhak membuat pilihan. Ini jika membincangkan dari sudut demokrasi liberal, belum lagi sebut dari perspektif syariat Islam lagi.

Dalam demokrasi yang diguna UMNO dalam memerintah negara pun sudah kucar-kacir. Seperti buta dan pekak bila dengar dan lihat perkataan demokrasi.

Memihak kepada mana-mana parti politik adalah hak seorang rakyat yang duduk di negara demokrasi seperti Malaysia. Sepatutnya jangan dicucuk hidungkan rakyat ini, terima sahaja bulat-bulat apa pimpinan buat. Sehingga perkara-perkara kedaulatan negara pun tidak diambil endahkan.

Bagaimanapun walaupun, pernyataan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ni, betul-betul kena batang hidung mereka yang menyertai Kelab UMNO Luar Negara, terutama di Mesir ini. Adakah menyertai Kelab UMNO ni, ianya bukan unsur hasutan dari UMNO itu? Sebagai sebuah parti politik di Malaysia? Adakah pernyataan di atas hanya untuk parti-parti pembangkang? Peringatan tersebut bagi merekayang menyokong pihak pembangkang? Tidak kepada mereka yang menyokong UMNO? Kalau begitu Menteri Pengajian Tinggi ini hanya menteri untuk orang-orang UMNO! Bukan kesemua rakyat Malaysia?

Nah, peringatan buat ahli Kelab UMNO Mesir, juga kepada pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Ini adalah peringatan dari Menteri Pengajian Tinggi yang kurang tinggi pengajiannya.More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive