KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 27, 2008

KEADILAN MENANG .... AIR PERCUMA!!!

Air paip percuma jika keADILan menang: Khalid
Oleh Zulkifli Mohamed
malaysia-today

SUNGAI PETANI : Hebat-rakyat seluruh negara akan menikmati bekalan air paip percuma jika memberi mandat keADILan memerintah negara ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung keADILan, Tan Sri Dato Khalid Ibrahim pada forum Tawaran Keadilan Untuk Rakyat, di padang awam Sungai Lallang dekat sini, kelmarin.

“Kalau kita menang, setiap isi rumah kediaman akan memperolehi air paip bersih percuma. Rakyat berhak mendapat bekalan air bersih percuma,” tegasnya.

Ini menurut Khalid sebahagian daripada konsep merakyatkan ekonomi Malaysia yang akan diperkenalkan parti itu jika memerintah negara ini.

Khalid turut mengumumkan keADILan akan menurunkan harga minyak sekiranya rakyat memberi mandat Barisan Rakyat memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-12.

“Saudara Anwar akan mengumumkan RM10 bilion akan digunakan untuk menurunkan kos minyak,” ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Pada majlis yang sebelum itu hujan lebat, beliau turut menerima borang kemasukan 200 ahli baru daripada masyarakat India.

Tambah Khalid keADILan juga akan memperkenalkan sistem pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia.

“Sekolah percuma, peningkatan kemahiran percuma dan sebagainya, sebab kita perlu tingkatkan pendapatan rakyat kita supaya dia dapat bersaing,” ujarnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (1979-1994 ), itu juga mengumumkan pihaknya sedang mengkaji dan akan melaksanakan skim bantuan kesihatan untuk semua.Skim itu bertujuan bagi membantu rakyat yang memerlukan sebarang bantuan. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive