KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 9, 2008

TAMBANG BAS PUN NAK NAIK

Pengusaha Bas Minta Naikkan Tambang

JOHOR BAHARU, 9 Jan (Bernama) -- Pengusaha perkhidmatan bas hari ini meminta kerajaan meluluskan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres di negara ini.

P
residen Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata hanya dengan membenarkan tambang dinaikkan, barulah pengusaha dapat memenuhi pelbagai syarat yang dikenakan oleh kerajaan seperti meningkatkan standard keselamatan, memperkenalkan gaji minimum bagi pemandu dan memasang alat Sistem Kedudukan Global (GPS) pada bas.

"Kami sedia mematuhi apa saja yang kerajaan mahu kami lakukan, tapi dengan hasil yang begitu terhad, kebanyakan kami mungkin terpaksa gulung tikar," katanya.

Beliau berkata kebanyakan pengusaha perkhidmatan bas menghadapi masalah aliran tunai apabila kerajaan menaikkan harga diesel daripada RM1.28 kepada RM1.58 seiter mulai Februari 2006.

"Harga alat ganti dan bateri telah meningkat dan begitu juga dengan bayaran bagi pemeriksaan oleh Puspakom," katanya.

Selain itu, kata Ashfar, pengusaha perkhidmatan bas juga menghadapi saingan sengit daripada "kereta sapu" dan bas persiaran yang menjalankan perkhidmatan bas ekspres.

Beliau berkata persatuan itu sedang menyediakan memorandum bagi memohon kelulusan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menaikkan tambang.

"Kami perlukan lebih banyak pendapatan untuk meneruskan perniagaan ini.

"Kenaikan tambang yang kami mohon mungkin sekali ganda, tapi kadarnya belum dimuktamadkan dan memorandum berkenaan akan siap dalam masa tiga minggu," katanya.

Ashraf berkata beliau yakin, berdasarkan rundingan sebelum ini, persatuan itu akan mendapat maklum balas positif daripada kementerian berkenaan, yang katanya amat memahami masalah itu kerana agensinya sendiri, MARA, turut mengusahakan perkhidmatan bas.

Beliau berkata kebanyakan syarikat bas, termasuk milik Bumiputera, terpaksa gulung tikar sekiranya tidak lagi mampu menanggung kos operasi yang tinggi.

Ashraf mengesahkan bahawa Lian Hoe Bus Company yang mengendalikan perkhidmatan di Batu Pahat, Yong Peng dan Muar telah menghentikan operasinya minggu lepas kerana masalah kos.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive