KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 9, 2008

DIKEJAR ATAU DIBURU?

Suspek culik Nur Fatiha sedang diburu
MStar.

KUALA LUMPUR: Polis memerlukan maklumat daripada orang ramai bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Nur Fatiha Zaidi, dari kawasan perumahan Flat Desa Sepakat, Taman Sri Manja, Petaling Jaya Isnin lepas.

"Belum ada yang tampil memberi maklumat. Polis memerlukan kerjasama orang awam agar kes ini dapat diselesaikan kerana maklumat daripada keluarga mangsa belum dapat membantu kami," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Nur Fatiha diculik kira-kira pukul 5 petang Isnin lalu apabila dia diumpan oleh seorang lelaki bermotosikal bersiar-siar untuk melihat kucing dan burung.

Sepasang suami isteri menjumpai kanak-kanak itu merayau-rayau di Wangsa Maju hampir tiga jam kemudian. Pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur mendapati kanak-kanak malang itu tidak dicederakan.

Polis sedang mempertingkatkan usaha menjejak suspek itu kerana maklumat yang diperoleh setakat ini belum mencukupi, kata Khalid kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di Cyberjaya hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat unit khas polis yang ditubuhkan tahun lepas ekoran kes cabul yang membabitkan kanak-kanak perempuan di Kampung Baru di sini.

"Unit khas itu masih beroperasi untuk menyiasat kes ini selain kes cabul di Kampung Baru dan termasuk kes pembunuhan adik Nurin (Jazlin Jazimin)," katanya.

Khalid berkata polis akan meneruskan siasatan kes-kes tersebut sehingga penjenayah diheret ke muka pengadilan.

No2umNO - Tajuknya memang hebat ... sedang memburu!!! Kemudian polis kata, mereka memerlukan maklumat dari orang ramai. Ini bermakna, polis sedang memburu sambil menanti maklumat. Apa yang diburu? Pemberi maklumat atau penjenayah yang mencolek kanak kanak tersebut? Biar betul, jangan tahun depan, buru punya buru, kadar jenayah terus naik. Macam tak buru jer....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive