KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 9, 2008

SHAFIEE APDAL DISERGAH

SEREMBAN: Program jelajah bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, di sebuah hotel di sini, kecoh apabila seorang peserta tidak berpuas hati dengan jawapan menteri berkenaan ketika sesi dialog.

Program anjuran kementerian terbabit disertai lebih 1,000 orang termasuk Exco kerajaan negeri, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan perniagaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta orang perseorangan bertujuan memberi maklumat lebih jelas kepada orang ramai mengenai isu kenaikan harga barang.

Bagaimanapun, ketika sesi dialog, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an kurang bersetuju dengan kenyataan Mohd Shafie dalam taklimat yang mengatakan harga minyak di negara ini lebih rendah berbanding negara jiran.

Mengikut kenyataan menteri itu, harga minyak yang ditetapkan sejak 28 Disember 2006 iaitu RM1.92 lebih murah berbanding negara lain seperti Singapura iaitu RM4.13, Thailand (RM3.55), Indonesia (RM2.64), Filipina dan Laos (RM3.51).

Dalam pada itu lapuran Harian Metro kekal memuji kononnya Menteri berkenaan BIJAK memberikan jawapan. Hakikatnya jawapan yang sama berulang ulang sejak 10 tahun yang lepas. Ianya kekal digunakan untuk menjadi alasan kenapa minyak perlu naik. Lantas kerana itu lah rakyat terutamanya sudah bosan dengan karenah pemimpin yang seperti tidak belajar untuk mencari kaedah membantu rakyat kecuali menaikkan harga tanpa soal siasat. Bijak Menteri pada media kerana mahu cari makan, bodoh menteri pada rakyat kerana sukar nak cari makan. Makanya yang bodoh akan kekal sokong yang bodoh.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive