KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 6, 2008

BN GADAI SABAH

700 ribu miliki MyKad palsu, Sabah negeri terburuk dalam penipuan pilihan raya
Roy Rasul
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - PAS menyifat dakwaan Parti Bersatu Sabah (PBS) kira-kira 700,000 pendatang tanpa izin di Sabah memiliki MyKad dan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) asli menggunakan data palsu, bukan perkara baru.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir mendakwa, disebabkan pemilikan MyKad palsu itu menjadikan Sabah sebagai negeri yang terburuk dalam penipuan pilihan raya di Malaysia sejak awal lagi.

Bahkan dakwanya, apa yang didedahkan oleh PBS itu bukan perkara baru kerana pendatang haram dari Filipina dan Indonesia sebelum ini digunakan sebagai pengundi di Sabah dan ini yang dikatakan 'pengundi hantu'

"Inilah pengundi hantu dan kalau 700,000 MyKad sudah diterbitkan jelas Barisan Nasional (BN) dapat memastikan kemenangan besar milik mereka dan akan pertahan 2/3 majoriti dalam pilihan raya umum nanti," katanya semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

Di Kota Kinabalu kelmarin, PBS mendakwa kira-kira 700,000 pendatang tanpa izin di Sabah memiliki MyKad dan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) asli menggunakan data palsu.

Setiausaha Agungnya, Dato' Radin Malleh, berkata pemohon dikesan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang dipalsukan termasuk laporan kehilangan kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Sehubungan itu, mereka mahu pendatang tanpa izin terbabit dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan maklumat dari mana mereka memperoleh dokumen itu supaya polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mudah bertindak.

Sementara itu Anuar, yang juga Pengerusi Lajnah Buruh dan Peneroka Bandar berkata, beliau percaya dalam memastikan BN terus berkuasa katanya, satu perjalanan pilihan raya yang tidak telus dan adil akan berterusan di negara ini.

"Saya menganggap perbuatan mengeluarkan 700 ribu MyKad untuk pendatang asing ialah satu pengkhianatan kepada negara," katanya.

Perkara seperti itu katanya yang mereka bawa ke Mahkamah dalam pilihan raya di Likas, Sabah dulu.

"Rakyat Malaysia membenarkan pendatang asing mencari makan di sini, bekerja di sini tetapi tidak membenarkan mereka diberi MyKad untuk mengundi dan perkara ini sebenarnya tidak tamadun dan telus sama sekali.

"Saya juga mencabar SPR untuk menyemak daftar pemilih semula," katanya.

Justeru, katanya, beliau menyokong tindakan PBS mendedahkan jumlah MyKad palsu tersebut.

"Walaupun mereka adalah anggota BN, saya sokong tindakan mereka melaporkan kepada BPR kerana yang didedahkan itu untuk kepentingan demokrasi dan jika betul mereka cintakan demokrasi saya nasihatkan PBS keluar saja daripada BN," katanya.

Sementara itu, Presiden Teras, Azmi Hamid berkata, ini adalah sutu pendedahan yang sangat mengejutkan kerana secara langsung ia boleh menjejaskan perjalanan pilihan raya.

Terutama katanya, senarai pemilih bukan satu perkara yang baru pernah berlaku penyelewengan melalui pendaftaran kad-kad pengenalan untuk orang ramai.

"Teras menuntut supaya satu tindakan segera diambil dan jika jelas berlaku kemungkinan boleh mencemarkan senarai pemilihan.

"Maka perlu segera dibuat keputusan sama ada pilihan raya perlu ditangguh sehingga perkara tersebut dapat diselesaikan dengan telus," katanya yang dihubungi hari ini.

Menurutnya, tidak dinafikan kemungkinan pihak tertentu yang terlibat mengumpulkan MyKad di Sabah akan tempias sehingga ke Semenanjung.

"Lebih berbahaya lagi kredibiliti pilihan raya dan ketelusan pihak SPR itu akan dipersoalkan," katanya.

Oleh kerana itu, katanya, BPR perlu segera bertindak dan menggunakan kuasanya untuk menunjukkan berlaku penyelewengan berhubung pemalsuan MyKad di Sabah supaya tidak menjejaskan sistem pilihan raya. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive