KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 6, 2008

Senarai 1,031 undi pos, SPR tidak telus dan efisen - Ustaz Azizan

Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba berdolak-dalih berhubung isu penambahan 1,031 pengundi pos di Dun Belantek, Kedah dengan mengatakan pihaknya hanya menerima senarai nama pengundi tersebut untuk dimasukkan ke dalam daftar pemilih, tanpa sebarang pertikaian.

ImagePesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, berkata penjelasan tersebut tidak munasabah dan menunjukkan badan itu tidak efisyen dan telus dalam setiap tindakan mereka.

Katanya, SPR juga tidak menunjukkan kredibiliti badan itu apabila tidak memeriksa terlebih dahulu senarai pengundi tersebut, dan hanya bertindak memasukkan nama-nama itu ke dalam daftar pemilih.

"Mereka kata mereka menerima nama yang dihantar oleh pihak tentera berdasarkan keperluan mereka. Yang keduanya, SPR kata nama-nama itu dulu sudah berdaftar di Daftar Pemilih Tambahan (DPT) 3, tapi tak dimasukkan. Jadi mereka isi borang baru untuk masuk semula.

"Bila ditanya kenapa tidak dipamerkan, mereka jawab hanya pamer di pejabat sahaja, sedangkan daftar itu bukan orang pejabat mereka yang mahu tengok. Orang ramai yang perlu tengok. Bagilah penjelasan yang rasional sikit," tegas Ustaz Azizan selepas berbincang dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Setiausaha Operasi SPR, Noordin Che' Ngah di Putrajaya, tengahari tadi.

Sebelum ini, PAS Kedah mendedahkan tindakan SPR mewartakan sebanyak 1,031 pengundi di Daerah Mengundi 01 Kota Aur/DUN N23 Belantek/Parlimen P013 Sik, sekali pun ketika dipamerkan dalam DPT suku ke-3 2007 tidak menyenaraikan nama-nama tersebut.

Mengikut DPI (Daftar Pemilih Induk) 2003 sehingga DPT ke-2 2007, SPR tidak pernah merekodkan senarai 1,031 nama pengundi pos berkenaan, sehinggalah DPT 3 2007 dipamerkan. Bagaimanapun, amat memelikkan apabila SPR mewartakannya dalam warta DPT 3 2007.

Dalam DPI 2006, bagi Daerah Mengundi tersebut hanya mempunyai 500 pengundi sahaja. Bagaimanapun, 1,031 pengundi pos anggota tentera ini dibawa dari dua kem iaitu A Kompeni 19 RAMD Sungai Petani (Kem Induk/Tetap di Sungai Petani) dan A Kompeni Bn 304 AW (Kem Induk di Gerik, Perak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata, PAS tidak berpuas hati dengan penjelasan SPR tersebut dan meminta badan itu meneliti memorandum tersebut dan mahu beberapa perkara yang mesti diberikan SPR untuk membuktikan proses pendaftaran itu berlaku dengan sewajarnya.

"Bagi kami apa yang berlaku itu telah melanggar peraturan biasa sebagaimana amalan yang kita tahu selama ini. Jadi, kita harap SPR teliti memorandum kita dan buktikan badan itu bebas dan telus," tegas beliau.

Wakil Bersih, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, menegaskan bahawa Bersih akan meneruskan agenda menuntut SPR melaksanakan keempat-empat tuntutan badan itu, di antaranya penghapusan undi pos.

"Apa yang berlaku di Dun Belantek ini menjelaskan lagi tentang keperluan dalam pilihan raya akan datang agar undi pos ini dihapuskan. Kita juga, sekali lagi membuat tuntutan tadi supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berundur segera kerana tiada kredibiliti, tidak telus serta tidak neutral, lebih-lebih lagi untuk mengendalikan pilihan raya umum akan datang,"tegas beliau, yang juga AJK PAS Pusat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, berkata PAS memberi tempoh kepada SPR sehingga 12 Februari ini untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.

"Kami juga meminta supaya SPR dapat menunjukkan kepada kami Borang B yang berjumlah 1,031 yang didakwa diisi semula oleh anggota tentera tersebut," tegas beliau.

Turut hadir dalam pertemuan dan penyerahan memorandum itu ialah AJK PAS Pusat, Ir Amiruddin Hamzah dan Hanipa Maidin.

Sebelum ini, dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik, Sanusi Md. Noor membuat laporan polis di Balai Polis Sik pada 4 Februari lalu.

Manakala, Ustaz Azizan menegaskan pihaknya juga akan membuat aduan kepada BPR dan tidak teragak-agak untuk membawa kes penipuan ini ke mahkamah. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive