KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 6, 2008

HAIDAR TERUS DEGIL

Pertalian saudara dengan Fairuz, Anwar bantah pengerusian Haidar
Azamin Amin
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Selepas satu demi satu kontroversi melanda Suruhanjaya Diraja berkaitan Pita Dato' V.K Lingam, kini terbongkar lagi isu panas membabitkan hubungan pertalian saudara di antara bekas Ketua Hakim Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz.

Mendedahkan hal itu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai bukti bahawa Ahmad Fairuz adalah saudara kepada Haidar berasaskan perkahwinan antara adik-beradik dua individu tersebut.

Berikutan itu Anwar juga telah melantik Sankara Nair and peguam veteran Karpal Singh sebagai peguamnya untuk membuat permohonan kepada Suruhanjaya membantah pengerusian Haidar kerana terdapat kemungkinan kepentingan yang bercanggah.

Bagaimanapun dalam kenyataan pada hari yang sama, Haidar menolak permohonan yang dibuat dengan memberi alasan bahawa beliau jarang berhubung dengan Ahmad Fairuz.

"Oleh itu tiada apa-apa sebab yang munasabah untuk saya berhenti mengerusi Suruhanjaya," kata Haidar yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Ini adalah kali yang kedua Haidar menolak permohonan sebegini sebelum beliau turut dipersoalkan pada awal persidangan Suruhanjaya kerana menyandang jawatan sebagai ahli lembaga Perdana Leadership Foundation yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang merupakan seorang saksi dalam penyiasatan Suruhanjaya.

Suruhanjaya juga telah membuat keputusan untuk melarang Anwar dan badan bukan kerajaan Aliran untuk menyertai persidangan Suruhanjaya kerana dikatakan menghina persidangan.

Apabila lima peguam Anwar dilarang oleh Suruhanjaya daripada mengemukakan soalan atau berhujah dalam persidangan akibat larangan kepada Anwar dan Aliran, kelima-lima peguam tersebut bertindak keluar daripada dewan persidangan. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive