KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 27, 2008

MENIPUsto BN tidak janji halang kenaikan harga minyak

petronas21co.jpg

KUALA TERENGGANU, 27 Feb (Hrkh) - Walaupun Barisan Nasional (BN) menyangkal dakwaan harga minyak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum 8 Mac ini tetapi tidak bermakna ia menafikan kemungkinan naik pada tahun ini juga sebagaimana yang diramalkan banyak pihak dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata malah dalam manifesto BN bertema ‘Selamat, Aman dan Makmur’ tidak menegaskan bahawa minyak tidak akan naik pada tahun ini.

“Kalau BN tidak mahu naik harga minyak dia sepatutnya menegaskan dalam manifesto sebagai tindak balas kepada tawaran pembangkang yang mahu menurunkan harga minyak jika diberi mandat memerintah Malaysia,” ujarnya yang ditemui di sini.

Tambah beliau, ini bermakna sekali lagi BN cuba bermain teka-teki selepas rakyat tertunggu-tunggu tarikh pilihan raya sebelum itu.

Menurut beliau, rakyat masih ingat bagaimana Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sehari sebelum pembubaran parlimen berkata beliau tidak bersedia untuk membubarkan parlimen pada hari esok.

Kenyataan itu mendapat liputan meluas akhbar pada 13 Mac lalu yang melaporkan parlimen tidak dibubarkan hari ini untuk menjawab ramalan ramai bahawa parlimen dibubar pada angka 13 yang diminati perdana menteri itu salah.

Sebaliknya pada tengahari Rabu itu ternyata Abdullah membubarkan parlimen. Pembohongan yang terangan kepada rakyat dan media sokongan mereka sendiri.

Mohamad Sabu berkata peristiwa itu cukup ironis kepada rakyat bagaimana rakyat boleh mempercayai bulat-bulat bahawa minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa ditanya adakah akan berlaku kenaikan harga minyak selepas pilihan raya berikutan peningkatan subsidi minyak yang dibayar oleh kerajaan tahun lepas, katanya: “Tak, bukan semestinya bermakna harga akan naik.”

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan laporan kemajuan Barisan Nasional (BN) dan manifesto pilihan raya BN bertema “Selamat, Aman dan Makmur” di Kuala Lumpur.

Mohamad Sabu mengingatkan pengundi supaya menolak kerajaan BN dan memberi mandat kepada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP.

Menurut masyarakat kampung harus ingat bahawa kenaikan minyak turut melibatkan meraka dan orang miskin kerana pengangkutan barangan keperluan yang dihantar ke kedai-kedai di kampung menggunakan pengangkutan yang berasaskan minyak.

“Minyak naik bererti barangan keperluan harian ikut naik. Kita jangan sekadar marah kepada kerajaan semasa minyak naik sahaja bahkan kita perlu tukar kerajaan kerana PAS dan KeADILan menjanjikan harga minyak akan diturunkan jika kami diberi kuasa,” ujarnya.

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Haji Ahmad Othman dalam satu kenyataannya berkata: “Tak kan bawang seulas datang bergolak ke rumah pengguna, ia tentunya diangkut dengan kenderaan, dan kenderaan menggunakan minyak untuk bergerak. Apabila harga minyak naik sudah tentu tambang akan meningkat.”

“Mengarut, kerajaan jangan hanya tahu bergantung kepada subsidi minyak untuk mencari modal bagi pembangunan rakyat, walhal banyak lagi cara untuk atasi masalah tersebut jika mereka pandai mengurus wang negara.

“Mengapa tidak diuruskan dengan betul permit import (AP) sebagai contoh, yang mana berbilion ringgit negara rugi, begitu juga dengan masalah rasuah dan pembaziran wang yang tidak ditangani dengan baik bagi melegakan bebanan rakyat,” komen penulis-penulis yang dipetik daripada laman web yang menzahirkan kekesalan kepada pemerintah yang diberi mandat tetapi gagal berkuasa secara bijaksana. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive