KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 3, 2008

"Jom pakat kelik pakoh bule" Nik Aziz

Image Oleh Mohamad Mukhreez
klpos.com

MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menyeru anak-anak Kelantan supaya pulang ke negeri itu bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.


"Kalau UMNO suruh kita balik ke Kelantan kita pakat balik, tapi bila undi, undilah Pas,” katanya ketika berucap di Dewan Serbaguna Presint 9 di sini petang ini.


Hadir sama ialah calon Pas bagi Parlimen Putrajaya, Mohamad Noor Mohamad.

Terdahulu dalam ceramahnya, Nik Aziz mengakui bahawa Kerajaan Pusat telah banyak membawa pembangunan ke negeri Kelantan meskipun diperintah oleh parti Islam itu sejak 18 tahun lalu.

‘‘Kalau Pas memerintah, pembangunan seperti universiti, jambatan dan sekolah-sekolah tetap dibawa oleh Kerajaan Pusat, jadi apa pentingnya kita undi dia.

‘Tidak ada sebab langsung untuk undi parti lain kecuali atas kerana rasa dengki dan tidak mahu kepada Islam,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Noor menggunakan isu tuntutan honorarium oleh kakitangan awam sebagai modal utamanya untuk meraih sokongan pengundi dari kalangan penjawat awam di sini.

‘‘Kita akui sistem perkhidmatan awam di negara ini adalah yang nombor satu di dunia tetapi mengapa kakitangan kerajaan dianggap sebagai satu liabiliti sehinggakan mereka tidak diberikan honorarium,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive