KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 3, 2008

MENJAMIN KEAMANAN, MANIFESTO BN ... YE KE?


Hanya Barisan Nasional dapat menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

Belang black metal Indonesia
Harian metro

KUALA LUMPUR: Membimbangkan apabila beberapa kawasan di ibu kota kini ‘dijajah’ ramai penyangak dan geng black metal warga Indonesia dikenali sebagai ‘Hantu Barong’ yang gemar bergaduh termasuk sanggup mencederakan sesiapa saja hanya disebabkan cemburu dan berebut wanita.

Kumpulan ganas terbabit yang sering melepak di sekitar pusat tumpuan pelancong di ibu kota terutama pada hujung minggu, didakwa pantang dicemuh terutama kumpulan pendatang asing lain dan tidak teragak-agak menyerang menggunakan senjata tajam termasuk kerambit.

Seorang pekerja asing dari Aceh, Rahman Harsono, 33, berkata kumpulan terbabit mudah dikenali kerana gemar tampil persis peminat fanatik lagu black metal atau rock dengan gemar memakai baju-T hitam dan berambut panjang.

Menurutnya, setiap baju-T hitam terbabit ditempah khas dengan pelbagai logo ganas seperti wajah hantu atau tengkorak selain diselitkan falsafah kumpulan hitam berkenaan dalam bahasa Jawa yang tidak difahami rakyat tempatan.

“Malah, geng baju-T hitam ini kerap tampil mengikut format pendekar di Pulau Jawa yang gemar menggunakan pakaian serba hitam serta rambut panjang yang diikat rapi ke belakang. Kebanyakan mereka turut gemar mewarnakan rambut panjang terbabit yang cuba ditonjolkan lebih ganas.


“Kumpulan ini yang juga ahli atau serpihan geng ‘Bocahe Dewe’ turut gemar tampil dengan memakai jeans lusuh dan baju agak ketat untuk menonjolkan susuk tubuh mereka yang tegap,” katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng terbabit gemar memakai cincin dengan batu permata agak besar.

“Mereka agak liar kerana sering bergaduh tidak kira dengan kumpulan pendatang asing dari Aceh, Madura, Flores mahupun warga Myanmar dan Bangladesh.

“Golongan ini ada kalanya bergerak seperti kongsi gelap yang bergaduh kerana berebut pengaruh di sesuatu kawasan sama ada untuk tujuan pengedaran dadah atau arak. Ini terbukti apabila kumpulan ini berpengaruh dan aktif mengedar dadah di Klang,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Silang dan Pasar Seni di sini, semalam mendapati, kumpulan terbabit seramai dua hingga 10 orang berkumpulan di beberapa lokasi tertentu sambil memerhatikan orang ramai yang lalu-lalang dengan lirik mata mencurigakan.

Warga Indonesia, Yusuf Riyantom, 34, berkata dia amat berhati-hati ketika bersiar-siar di ibu kota pada hujung minggu kerana bimbang menjadi mangsa peras ugut atau sebagai objek melepas geram kumpulan samseng terbabit.

“Anggota kumpulan ini agak ramai di Malaysia dan mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil yang masih mengamalkan ideologi sama. Malah, mereka pernah cuba mengadakan perhimpunan dan konsert di Shah Alam tahun lalu, namun diharamkan polis.

“Golongan ini pernah menganjurkan pesta liar yang dinamakan ‘Konsert Halal Bihalal’ pada 2004 di Balakong sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempahan kerana mencampuradukkan unsur agama dan muzik rock serta dangdut keterlaluan,” katanya.

Seorang pengawal keselamatan di Pasar Seni yang ditemui pula memberitahu, kehadiran terlalu ramai pendatang asing terutama dari Indonesia di kawasan berkenaan menimbulkan rasa kurang senang terutama kepada peniaga dan pengunjung tempatan.

Menurutnya, selama bekerja di situ, dia sudah beberapa kali menyaksikan kumpulan samseng Indonesia bergaduh di kawasan berhampiran Pasar Seni sehingga sering menyebabkan kecederaan parah pada mangsa.

“Paling terbaru, kumpulan samseng itu bertempur besar-besaran pada 10 Februari lalu yang menyebabkan tujuh lelaki warga Indonesia cedera akibat ditikam.

“Saya sendiri melihat seorang mangsa menggelupur dalam keadaan isi perut terburai di kawasan meletak kereta Pasar Seni sejurus ditikam dengan pisau. Lelaki terbabit yang cedera parah mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, kes pergaduhan terbabit adakalanya hanya berpunca salah faham kecil sama ada kerana wanita atau ‘jeling-menjeling’ yang berlarutan hingga menimbulkan balas dendam.

“Dalam kejadian ‘perang’ terdahulu lebih 50 geng baju hitam cuba menunjuk kuasa dengan bertempur sebelum ia merebak ke Perhentian Bas Klang, Kompleks Kotaraya dan hadapan Hotel Ancasa.

“Malah, mereka pernah beberapa kali memeras ugut dan merompak warga Nepal atau Myanmar di kawasan kali lima bersebelahan Pasar Seni dengan bersenjatakan pisau,” katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Effendi Hashim, berkata kewujudan kumpulan samseng warga asing ini disifatkan satu ancaman kepada keselamatan negara berikutan mereka semakin berani bermaharajalela dan membuat kacau.

Menurutnya, pendatang asing yang memiliki permit masuk yang sah biasanya kurang membuat kacau kerana lebih mengutamakan mata pencarian, namun kes gaduh ini biasanya didalangi golongan warga asing yang masuk secara haram.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive